Wednesday 29 February 2012

Surat Tun Dr. Mahathir untuk Israel

akak terbaca dekat Mstar surat Dr.Mahathir tulis dekat Israel..akak makin kagum ngan Che Det kita nie..iye mmg betul Che det adalah idola akak no.1...tak kisah la berapa ramai tak suka ngan cara che det tapi bagi akak dia adalah seorang bijak pandai dalam mentadbir malaysia..


PERDANA MENTERI MALAYSIA
14 Mac 1997
Tuan Yang Terutama
Tuan Benjamin Netanyahu
Perdana Menteri Israel
Jerusalem
Surat tuan bertarikh 23 Januari hanya sampai kepada saya semalam.
Saya amat menghargai susah payah tuan untuk memaklumkan kepada saya situasi di Palestin dan rantau berkenaan.
Malangnya sebahagian besar daripada perkara yang tuan nyatakan itu telahpun berubah dengan begitu pantas.
Malaysia percaya kepada keamanan dan penyelesaian masalah antara negara berjiran menerusi rundingan.
Sebagai jalan keluar terakhir, kami beralih kepada pihak ketiga. Dalam pertikaian berhubung wilayah antara Malaysia dan Singapura dan Malaysia dan Indonesia kami bersetuju menyerahkan kepada Mahkamah Dunia untuk memutuskannya.
Pertikaian antara Malaysia dan Thailand berhubung wilayah perairan diselesaikan dengan persetujuan untuk berkongsi sumber bukan marin dengan saksama.
Di dalam negara, ketidaksamaan dalam pengagihan kekayaan antara penduduk pribumi dan kalangan yang asalnya pendatang diselesaikan menerusi tindakan afirmatif di mana golongan miskin akan memperoleh perkongsian yang lebih besar daripada kek ekonomi yang semakin berkembang tetapi tidak ada tindakan merampas dan mengagihkan semula apa yang telahpun menjadi kepunyaan keturunan kalangan pendatang.
Setiap orang menikmati pembahagian yang agak adil sekarang dan setiap orang agak berpuas hati. Hubungan antara kaum yang berbeza di Malaysia adalah baik dan tidak porak-peranda.
Perkara penting yang ingin saya tekankan ialah untuk tidak mengambil apa yang telahpun menjadi kepunyaan orang lain sungguhpun daripada segi sejarah, ia mungkin kepunyaan tuan.
Akhir-akhir ini Israel telah merobohkan penempatan Arab dalam usaha mendirikan rumah bagi rakyat Israel.
Seluruh dunia, termasuk sekutu tuan, Amerika Syarikat, mengutuk tindakan ini. Namun Israel tetap meneruskan juga.
Tuan mengutuk Syria kerana membuat ancaman. Bagaimanapun ancaman mereka adalah respons kepada tindakan tuan sendiri.
Jika tuan secara paksa merampas tanah dan harta benda kepunyaan penduduk Palestin, satu-satunya respons sekiranya mereka tidak bertindak secara ganas terhadap tuan, adalah dengan mengancam untuk bertindak menentang tuan.
Jika mereka tidak boleh bertinda balas dan mereka tidak boleh menyuarakan tindak balas yang dihasratkan itu, maka mereka terpaksa tunduk kepada semua tindakan tuan tidak kira bagaimana salah sekalipun.
Apa yang tuan lakukan sekarang bertentangan dengan semangat dan surat proses perdamaian yang dipersetujui oleh pendahulu tuan.
Bagaimanakah kami boleh mempercayai Israel jika sesuatu perubahan dalam kerajaan menyangkal jaminan yang diberi dengan rasminya oleh sebuah Kerajaan Israel.
Tolong pertimbangkan semula keputusan tuan untuk membina penempatan baru Yahudi di tanah Arab.
Belia-belia Israel ada di sini. Hasrat kami ialah untuk menunjukkan kepada mereka bahawa umat Islam adalah manusia rasional biasa yang mahu hidup dalam keamanan dan kebebasan.
Kami berharap mereka akan mempunyai tanggapan baru terhadap umat Islam dan Islam. Akan berlaku penyimpangan dalam kalangan umat Islam tetapi penyimpangan turut berlaku dalam kalangan Yahudi dan Kristian serta penganut setiap agama. Tiada agama yang seharusnya dihakimi berdasarkan penyimpangan ini.
Kami berharap kalangan belia ini akan memahami umat Islam dengan lebih baik dan akan mahu berbaik-baik dengan mereka.
Untuk mengecap keamanan tuan perlu melakukan pengorbanan. Penduduk Palestin tidak lagi mendesak penyingkiran Israel.
Mereka malah bersedia untuk berkongsi Jerusalem dengan tuan. Mereka telah melakukan pengorbanan.
Kita harus ingat apabila Yahudi diperlakukan dengan kejam di Eropah, mereka seringkali menemui perlindungan dalam kalangan umat Islam di negara-negara Islam.
Kami tidak menganggap rakyat Israel sebagai seteru abadi. Namun kami tidak boleh menahan rasa simpati terhadap penduduk Palestin kerana tanah air mereka dirampas daripada mereka sekarang.
Ia mungkin menjadi kepunyaan Yahudi tiga ribu tahun yang lalu. Banyak tanah tradisional Melayu yang telah menjadi sebahagian daripada Thailand. Tetapi kami tidak menuntut Selatan Thailand untuk menjadi sebahagian daripada Malaysia.
Jika kita pergi terlalu jauh ke masa lampau, kita tidak boleh hidup bersama jiran-jiran kita.
Kami bersedia untuk mengadakan kerjasama ekonomi dan teknologi dengan Israel tetapi kami masih belum boleh berbuat demikian kerana tuan belum memenuhi komitmen yang dibuat oleh Kerajaan Israel yang sah.
Kami ingin memikirkan bahawa sebaik sahaja kami mewujudkan hubungan dengan tuan, ia akan hubungan yang menjadi tetap.
DR MAHATHIR BIN MOHAMAD

Monday 13 February 2012

Trip To Kuching

Di sebabkan mood akak kurang baik ari nie dengan kepala yang ting tong..akak dengan rajinnya telah mengupdate blog dengan harapan masalah akak akan hilang dibawa angin..
Disebabkan akak akan mengaway kan diri ke kuching,Sarawak pada 23.02.2012-25.02.2012 jadi akak nk buat cheklist akak sebelum berangkat ke kuching

1. Tiket : Air Asia Tiket Promo 10 sen  je tau..berbalo-baloi  -DONE

2. Penginapan -Hotel Lime Tree 3 hari 2 malam RM250 (harga sebenar RM160) king Deluxe tue...dpat diskon eary bird Berbaloi-baloi lagi - DONE

3. Memula ingat nk sewa kete tapi tak jadi maklumla percutian bajet ambik bus tour RM75 perhead termasuk tiket Kg Budaya (kalau sewa kete RM80 + Tiket RM60+minyak RM30=RM170 MAHAL)berbalo-baloi -DONE

4. Pengangkutan dr KIA ke hotel Transport hotel RM23 ( kalau teksi RM26) jimat RM3 berbaloi-baloi -DONE

Tengok tue kuching melambai-lambai akak..xsabar rasanya nak pg kuching..Akak rasa la Kuching makanan dia lagi best compare ngan Sabah(jangan mara yea) pendapat akak la..kira nya makanan dia leh ngan dengan tekak akak nie..

kek Sarawak Wajib

Mee Kolok
Umai
Goreng Pisang Chese
Nie antara makanan yang di jangka akan akak cari di kuching...sodap nie..harap berkesempatan la akak makan semua nie...nati bila akak dh abis cuti nati akak citer best ke tak akak pegi kuching



Tuesday 7 February 2012

TABIK...

aku taip..aku delete..aku taip balik..aku delete balik..aku ketuk meja dengan harapan ilham akan muncul..tapi hampas buat sakit tangan aku je..aku goyang kepala perlahan-lahan agar otak aku tidak membeku..tetapi hampa nampaknya otak aku seakan batat disitu...aku lihat jam baru pukul 12.30 tengahari..oo patutla time keje lagi patutla aku rasa xde ilham..oo patutla aku buat blog waktu keje..ceh aku segera tutup blog terus publish...


nota kaki: akhir dapat gak aku update satu entry..kehkehkeh

Friday 3 February 2012

Bermulanya....

bagaimana nak mula ek?
sebenarnya aku dah lama pasang impian nak ada blog..
jadi setelah ditimbang tara akhir blog ini pun terhasil...
tujuan aku bloging adalah kerana ingin meluahkan rasa hatiaku..
sekurangnya tidak lah di simpan dalam hati dan mengangu ekosistem badan aku...(hehehehehe)