Thursday 31 May 2012

REVIEW TUNANG

tengok kat ticker tadi rupanya dah sebulan akak tunang dengan Najib..rasa macam baru je semalam akak buat majlis tunang..sebab hari nie kurang kerja akak ingat nak review la majlis tunang akak..untuk ingatan manis akak untuk masa depan..
Majlis tunang akak tak buat kat kampung tapi akak buat kat rumah sewa akak jer..mungkin ramai akan cakap kenapa tak buat kat kampung..bukan akak taknak buat kat kampung tapi kat kampung akak ramai benar buat majlis..Mak akak tak nak la nanti orang kampung terpaksa kena bagi2 kenduri.Jadi keputusannya buat kat rumah sewa..nasib baik rumah sewa akak besar dan barang rumah dah lengkap.


7 hantaran

cup cake


kek secret recipe

coklat

Cincin

Baju Nikah dan Cincin

Buah

Sirih Junjung

tart buah
hantaran akak 7 berbalas 5..hantaran belah najib lupa la nak amik..kelam kabut sikit.. masa majlis tue akak takde amik gambar berdua ngan najib..sebabnya najib adalah manusia paling pemalu yang pernah akak jumpa..jadi takde la gambar kenangan akak bertunang ngan dia..redha jer la..
lagi satu akak takde pelamin bagai mini  ke separuh mini penuh mini ke takde..akak betul2 buat majlis macam orang lama..duduk dalm bilik tunggu orang sarung cincin..klasik tak akak?



ishh panjang review....nanti akak buat sambungan review akan datang kalau akak rajin la yea hehehehehe

Wednesday 30 May 2012

Pembekal bunga segar/fresh flower

Untuk sesape yang memerlukan fresh flower yang murah dan berbaloi nak beli..boleh hubungi akak
akak jual lebih macam harga borong la

yang nie akak ual RM 15.00

10 kuntum RM 13.00

RM 10.50


20 kuntum RM 22.00

RM 15.0m
Mana bunga yang tiada dalam gambar boleh la buat order dengan meyatakan jenis bunga..Bunga boleh collect di Putrajaya/bangi/kajang/ampang/cheras

warna tema perkahwinan

dulu akak pernah post pasal tema warna perkahwinan yang menjadi impian akak iaitu purple ngan yellow..sekarang nie akak terpaksa tukar disebabkan sepupu akak ngan adik akak pun menggunakan warna tema yang sama...frust tul akak..mungkin orang lain akan berpikir ala pakai jer kaler tue..tapi akak rasa macam tak best je..kalau boleh akak nk kaler yang lain dari yang lain..ye la majlis kita kan hanya sekali seumur hidup..insyallah...


jadi akak telah berbincang ngan maklang akak..kebetulan masa tue akak tengah buat bunga tangan untuk sepupu akak..


macamnie warna bunga yang akak buat bunga tangan
Masa maklang akak tengok bunga nie dia kata cantika la kaler nie..apa kata ko buat kaler nie..akak pun terpikir kena ke ngan kulit najib kalau akak pakai kaler nie..setelah penat akak mengoogle..akhir nya akak buat keputusan nak buat kaler oren tapi belum lagi decide nak gabungkan ngan kaler apa..ishh peing nk pikir kaler apa yang sesuai utk digabungkan dengan oren..









Nie adalah contoh gabungan oren ngan kaler yang lain...adui pening nk gabung kan oren gan apa..dilema??

Monday 21 May 2012

KELEBIHAN BULAN REJAB

Ahlan wassalan ya rejab

Allahamdulilah..bertemu juga akak dengan bulan rejab pada tahun nie...akak akui akak bukan seorang hamba yang baik tapi akak cuba menjadikan diri akak lebih baik dari semalam dan tahu rasa bersyukur..dulu akak tak pernah pun terpikir untuk berpuasa pada bulan rejab walaupun akak tahu kelebihan  pada bulan rejab..betul kata orang bila umur semakin meningkat pengalaman semakin dewasa automatik cara hidup kita pun berubah..akak perasan semakin matangnya diri akak semakin gigih akak mencari sesuatu yang akak rasa  dah lama hilang..




KELEBIHAN BULAN REJAB

Sabda Nabi s.a.w.:

Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

Sabda Nabi s.a.w.:

Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya’aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.
Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya’aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.
Malam awal Rejab mustajab do’anya. (Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)
* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).
* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).
* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.
* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.
* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.
* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.
* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).

Berkata Saidina Ali:

* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur’an atas segala Qalam.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.
Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.
Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.
Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.
Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah.

Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.
Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribukejahatan.
Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.
Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.
Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.
Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
“Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu.
Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau”.(dari kitabRaudatul Ifkar)
Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.
Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.
Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.
Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur’an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.
Rejab ertinya ta’zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.
Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.
REJAB bulan menabur benih.
SYA’ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.
REJAB menyucikan badannya.
SYA’ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.
REJAB bulan taubat.
SYA’ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.
Wallahu A’lam
Credit to GOOGLE

Wednesday 16 May 2012

Ady Putra Cerai??

terkejut akak bila baca artikel tentang penceraian ady putra..tapi nak buat camana kan kalau jodoh dia dah sampai di situ je..Bila dengar perkataan CERAI terus rasa macam perkataan yang suey dalam perkahwinan..pasangan mana yang hendak bercerai kan kalau boleh biarlah sepanjang hayat bersama...

.


Kekadang bila dipikirkan balik macamana nenek atuk kita dan ,mak ayah kita mempertahankan perkahwinan mereka sepanjang hayat mereka... nak ikutkan diorang ada gak gaduh, masam muka tapi diaorang boleh selesaikan masalah tanpa melibatkan perkataan cerai..

Tapi zaman sekarang ayat cerai tue selalu je bermain dibibir..gaduh sikit cerai, marah sikit cerai..ishh takut lak jadinya..kalau nak ikutkan zaman sekarang sebelum kahwin semua pasangan harus lah hadir kursus perkahwinan kalau takde kursus nie tak leh nak kahwin..tapi peratusan perceraian masih meningkat..erm salah siapa salah kursus ke salah pasangan tue sendiri...

P/s: sentiasa bordoa pada Allah semoga lelaki ini terakhir untuk saya yang menemanai saya seumur hidup saya

Tuesday 15 May 2012

Rabu TAnpa Kata-Kata

kalau boleh nak ulang balik...membetulkan apa yang  tak sepatutnya berlaku hehehehehe

Thursday 10 May 2012

walaupun tarikh kawen akak belum lagi ditetapkan..akak tetap nak berangan nk pilih warna tema kawen akak..tak salahkan berangan mana tau Allah izinkan hehehehe...memula akak nak pilih warna purple untuk kawen akak..tapi disebabkan masa tunang hari tue dah warna purple xkan nak buat kawen warna purple macam dah xde kaler lain pulak kan...
jadi akak telah berangan nak buat tema kuning ngan purple..aikk purple ada gak..nak buat cmana akak suka ngan purple nie..cuma tambah kuning untuk nampak lain sikit heheheheh...






 akak rasa bila kaler nie bergabung nampak meletup pulak..hehehehe

CAKE IN JAR

Akak suka betul la ngan CAKE IN JAR nie..melting bila tengok
disebabkan terlalu suka terus nak post kat dalam blog..tu dia penangan CAKE IN JAR






 cantik kan..akak  ingat kan nk buat untuk doorgift masa kawen akak la..mesti nampak cantik kan..tadi cuba survey harga untuk i jar mak aii mahalnya RM5.00 per jar pengsan...
xmampu akak dik non..klau akak diberi kuasa super saiya kopem akak buat sendiri dengan gigihnya..