Tuesday 26 November 2013

Keguguran Part 2

Assalamuailaikum..

Baru dapat update..selepas aku tahu yang aku mengandung aku masih mengalami spotting.Aku google kenapa aku spotting sepatutnya spotting hanya berlaku 3 hari sahaja mengikut bacaan aku la tp nie dah masuk seminggu. Aku mula risau. Aku amik keputusan untuk cek di klinik private.doktor scan tapi tak nampak cuma rahim dah start kembang. bila doc cakap macam tue aku start panik. Doktor cakap kemungkinan theartern abortion Ya Allah rasa nak nangis masa tue dah la suami jauh lagilah sedih. Doktor suggest aku makan asid folic dan bedrest.

Aku cuba positifkan diri selalu la aku berintereaksi ngan baby dalam perut aku nie. Sambil cakap kat perut sambil nangis. Masa tue aku memang harap hubby aku berada di samping aku. 2 hari selepas tue bukan lagi spotting tapi blood fresh.Takutnya aku masa tue. Aku baring usap perut sambil zikir Ya Rahim. Aku call hubby aku minta dia cuti sebab takut jadi apa-apa kat aku. Hubby suruh aku pergi hospital esok pagi. Alhamdullilah walaupun turun fresh blood tapi aku tak alami sakit perut.

Pepagi lagi aku dah terpacak kat kecemasan Hospital Putrajaya. Jumpa je doktor aku cerita pasal apa yang terjadi kat aku. Doc scan dia kata xnampak. Dia srh aku bt urine test. Doc cakap kopem aku ngadung. Dia refer aku kat wad OnG. Sampai kat wad OnG tukar kain hospital tunggu Doc jap. Datang nurse suruh aku baring. Nasib baik doc pompuan india. Kalau laki kopem malu aku. Doc suruh aku kangkang terus selak kain aku sampai kat punggung terkejut aku rasa macam nak kena rogol hahahaha. Doc tgk muka aku macam tak puas hati kot terus dia cakap sorry yea prosedur memang macam nie. Memula tah apa yang dibuat kat tuttt aku cuma dia tak kasi aku keras kan badan dan relax. Memula aku keras gak ambik ko sakit. Aku cuba relax baru tak sakit cuma tak selesa la. Lepas tue doc amik Rod untuk buat ultrasound. Rod tue dia balut ngan kondom letak gel lepas tue dia masuk kat tutt aku memang tak selesa sungguh. Doc pun terangla kat aku dia kata janin xnampak tapi rahim dah kembang. Dia nak buat ujian darah HSG tengok sama ada kandungan ok ke tak. kalau start bleeding penuh satu pad cepat-cepat datang hospital. Aku masa nie macam dah pasrah bahawa aku akan kehilangan kandungan aku. Rasa macam betul-betul kosong. aku drive balik tengok-tengok hubby dah ada kat rumah. Nampak je hubby terus menangis rasa beban kat bahu terlepas. hubby pujuklah walaupun apa terjadi kita kena redha. barulah rasa macam semangat sikit.

Malam tue masa nak tido Hubby tegur tengok darah kat atas tilam. Terus aku pucat sebab aku tengok dah banyak serius aku tak sedar sebab aku tak sakit perut.  Terus aku ngan Hubby pecut ke kecemasan . Jumpa jer doc terus kena pergi OnG. Salin kain hospital tunggu doc. Datang je Doc tanya la mengandung dah bape lama dan ada ler lagi soklan yang aku dah lupa hehehe. aku pun baring dan kangkang aku pun lembut kan dan relax sebab dah ada pengalaman sebelum nie kan. Aku tengok doc amik barang hak besar lepas tue hak kecil aku pun tak pasti apa barang tue. yang aku rasa macam rasa perit sikit kat tut aku. Lepas tue aku dengar macam dia pusing skru macam bertukang pun ada. Dalam kepala aku dah takut gila. Doc suruh aku batuk tapi aku macam takut la doc suruh kuat sikit terus doc cakap ok dah. Dia bawa keluar macam hati ayam dan tunjuk kat aku. " Ok, nie janin u yang tak jadi, kiranya awak dah complete MC." aku pandang je daging yang macam hati ayam terus rasa sebak. lepas selesai je nurse cucuk aku kecutkan rahim kat peha masa tue perut aku dh rasa rengat.  Doc suruh tunggu sejam nak tgk perkembangan. Cukup sejam cek darah tengok tekanan darah aku tinggi tunggu lagi sejam. Lama gila bayangkan dari pukul 11 malam sampai 4 pagi. Sian hubby aku tunggu kat luar. Lepas doc puas hati baru aku blh balik amik ubat ngan MC seminggu terus rasa lapar. Ajak hubby pergi makan dulu baru balik. Sampai rumah terus tak sedar diri tido sampai petang.

Aku ingat lepas aku dah selesai gugur boleh la lega. Rupa-rupanya Allah nak uji aku. Sampai aku ingat aku nak mati. nanti aku sambung lagi dah panjang sangat nie.