Sunday 22 December 2013

Alhamdulillah...hadiah paling bermakna

Assalamuailaikum...

Alhamdulillah...hadiah paling bermakna untuk aku dan suami..Alhamdulillah aku diberi peluang untu rasai kembali..Ya Allah lindungi lah dia..dan kengkawan tolong doakan kesihatan dia

Thursday 19 December 2013

Pilihan Yang Ada Sekarang

Assalamuailaikum


Aku sebagai rakyat marhaen yang cuma makan gaji cukup bulan duit gaji pun habis. Yang mampu angankan rumah yang selesa hidup yang tidak terbeban dengan hutang. Bukan aku tak bersyukur tapi kekadang aku terpikir, aku jadi geram aku jadi meluat dengan keadaan sekarang. Kenaikan yang mendadak dengan alasan yang aku rasa macam budak sekolah rendah. Mengidam rumah yang selesa tapi bila tengok harga aku laki bini boleh pengsan. Nasib baik aku cuma berdua lagi bagaimana pulak mereka yang bertiga berempat dan seterusnya. Mau pening kepala memikirkan keperluan anak-anak. Terpaksa lah mencari alternatif untuk meningkatkan taraf hidup sehingga tergangu hubungan mesra kekeluargaan.Nak tunggu PRU yang akan datang aku pun tak tau nak undi sape. Rasanya tak de pilihan.



Wednesday 18 December 2013

Testing Kufti

Assalamuailaikum


Sekarang kan tengah fonemena khat kufti. Termasuk la aku yang terkena fonemena khat kufti nie.Setelah trial and error akhirnya inilah baby first khat kufti aku. Serius aku jadi addict lak buat benda nie





Tuesday 10 December 2013

Kalau dah rezeki

Assalamuailaikum..

Sekarang nie tengah panas pasal perkahwinan Rozita Che Wan yang dikatakan berbelanja berjuta-juta. Sampai pendakwah bebas pun tegur pasal belanja kawen dia. 

Bagi aku la walaupun dia Janda tapi rezeki dia nie lebih hebat dari anak dara. Yela dapat kawen ngan lelaki bujang muda lak tue kacukan lagi. Kawen pulak ramai orang nak taja. Memang rezeki Che ta murah la.

Kalau dia mampu apa salahnya. Kalau aku kat tempat dia pun aku seronok. Sape tak nak pakai emas dari habib jewel yang mengerlip tue kan. Baju pulak kebabom majlis lak grand dan cantik. Sape tak mau kan? Itula rezeki orang. Jom layan gambar berinai che ta...memang cantik che ta nie

orang dah elok pakai apa pun elok

menangis tengok crown che ta memang lawa

tengok baju tue menangis lagi huhuhu
Bila tengok majlis nie rasa macam nak kawen balik lak..huhuhu


Pic: credit to tambah kicap








Monday 9 December 2013

JJCM: Umai Cafe Putrajaya

Assalamuailaikum...

Sebenarnya aku pun baru tau pasai Umai cafe nie. Itupun sebab abg ipar aku bagitau kalau tak sampai bila-bila aku tak tau yang kat putrajaya ada Umai cafe. 

Lepas abg ipar aku bagitau terus aku google ok gak menu dia dan harga pun takde la mahal sangat. Paham-paham la putrajaya nie kebanyakan cafe memang agak mahal sikit lelagi view dia tepi tasik. 

Direction nak ke Umai cafe nie senang je bagi orang putrajaya dan mungkin susah gak bagi orang luar putrajaya. Nie aku amik map dari blog  Umai Cafe sendiri


Alamak kecik lak map nie tak pe aku bagi mercu tanda kat situ. Umai cafe nie terletak di Bangunan Anjung Alaf Baru, presint 2. Bangunan ini terletak diantara Masjid Sultan Mizan

(Masjid Besi) dan Monumen Alaf Baru. 


Cafe nie memang view dia cantik betul-betul mengadapa tasik. Boleh la feeling-feeling macam makan kat oversea..hehehehe


Masa nie aku amik meja luar sebab hubby aku merokok. Tapi ok gak boleh ngadap tasik kan. Menu yang ada kat cafe nie memang banyak dari masakan panas, kuih muih, kek termasuk gak western. Aku kalau pergi cafe nie aku suka order cucr udang naan pengat pisang. Cucur udang kat sini memang femes la sebab cicah ngan kuah kacang. 




Bila aku pergi jer cafe ramai jer orang. Walaupun servis dia gak slow sikit still ramai orang gak. mungkin view yang cantik kot. Kalau sesape yang nak pergi putrajaya boleh la terjah cafe nie.


Banana Boat bawa maut

Kanak-Kanak Meninggal Dunia Selepas Terjatuh Daripada 'Banana Boat'
PORT DICKSON: Seorang kanak-kanak berusia 30 bulan yang mendesak ayahnya membawa dia menaiki 'banana boat' ketika bercuti di Pantai Purnama dekat sini meninggal dunia akibat komplikasi selepas lemas akibat terjatuh ke dalam laut dalam insiden berkenaan.
Keluarganya yang tinggal di Pasir Panjang dekat sini, datang untuk berkelah di pantai popular berkenaan bersama-sama tiga anak mereka pada tengah hari Ahad.
Kanak-kanak berkenaan, Nur Hannan Humairah Mohd Hafrisham, kemudiannya memujuk ayahnya agar membawa dia menaiki 'banana boat'.
Ayah mangsa, yang bekerja di sebuah bank di Kuala Lumpur, akhirnya mengalah dan membawa kanak-kanak berkenaan bersama-sama tujuh yang lain untuk bermain 'banana boat'.
Dia telah memberitahu kepada pengusaha bot berkenaan agar tidak membawa botnya terlalu laju.
Bagaimanapun, ketika pengusaha tersebut hendak berpatah balik ke kawasan pantai, dia melakukan 'stunt' yang menyebabkan semua penumpang di atas 'banana boat' terjatuh ke dalam air.
Kanak-kanak lelaki itu hampir lemas namun berjaya diselamatkan selepas diberikan bantuan pernafasan dari mulut ke mulut.
Mangsa terus dikejarkan ke Hospital Port Dickson.
Dia kemudiannya dipindahkan ke Hospital Tuanku Ja'far di Seremban.
Bagaimanapun, keadaan bertambah teruk dan mangsa meninggal dunia tengah malam Ahad.

Credit to Mstar
Bila baca berita nie aku terus teringat yang aku pernah naik banana boat nie sekali jer. Itu pun awal bulan hari tue kat Teluk Batik. Aku memang fobia sikit bila tengok banana boat jatuh kan orang kat dalam air. Takut wei. Ingat lagi masa aku naik banana boat dia ada dua kali jatuh satu kat belah dalam satu lagi belah cetek. Aku pilih jatuh belah cetek sebab aku tak berani ambik risiko jatuh belah dalam sebab aku tau yang aku tak pandai berenang cuma pandai berendam. Masa naik banana boat aku memang seriau habis. Aku bila seriau mulalah nak terkencing. Masa kat atas banana boat tue aku boleh jerit nak kencing..nak kencing.. hahahaha malu giler bila ingat. Nasib baik aku tak terkencing kat atas banana boat kalau tak kopem kena maki ngan kawan aku. Bila boat tue lep dan terus jatuh kan kita orang aku rasa panik giler. Rasa macam aku dah lemas dengan tertelan air laut yang masin giler dengan nak naik ke atas..Betul-betul buat aku panik. Bila dah rasa selamat terus taubat nie lah kali pertama dan terakhir aku naik banana boat. Aku tak boleh sebab aku nie cepat panik. Aku memang tabik la pada mereka-mereka yang boleh naik banana boat berulang kali. 
Balik pada berita tadi.Kesian baby tue baru 30 bulan dah sampai ajal. Aku tak taula apa perasaan family baby tue. Mesti trauma. Kalau aku kat tempat diaorang kopem tgk banana boat pun aku trauma.




Wednesday 4 December 2013

December....

Assalamuailaikum...

Cepatnya masa berlalu..rasanya baru je kelam kabut menguruskan hal kahwin dan rasa macam baru jer kahwin..Rasa macam baru jer hidup bersama sebagai suami isteri walaupun aku dan hubby PJJ. 



Tengok tinggal bape minggu je genap setahun aku melayari rumahtangga. Ishh pening tau nak cari idea nak buat suprise untuk hubby.Sesape ada idea??? hehehhe


Tuesday 3 December 2013

Keguguran - Final

Assalamuailaikum..


Sambungan dari part 2.


Aku ingat lepas aku gugur dah lega. Tapi aku silap. Selepas MC pada 10.10.2013 aku dapat cuti sakit seminggu. Masa tue aku banyak terbaring dari berjalan sebab aku rasa lemah sesangat. nasib baik ada Hubby yang tolong masak yang sediakan air mandi aku yang tolong pakaikan stokin aku yang tolong picit badan aku. Masa tue aku rasa terharu sebab hubby aku tak pernah buat kerja-kerja macamtue. Serius lepas MC yang jaga aku cuma Hubby aku je.

Memadangkan raya haji dah dekat Hubby amik keputusan bawa aku balik kedah sambut raya haji kat sana. Aku pun tak kisahla sebab aku rasa badan aku sihat. Cuma yang aku pelik darah aku yang turun macam spotting je. Masa tue aku ingat normal la. Aku cuma patang makan dan pakai stoking je. Bab tungku ngan urut mmg aku tak buat lagi. Balik dari Kedah aku masih lagi bleeding. Sampai la masuk 2 minggu. Masa nie aku dah start risau aku pun google tentang MC. Aku jumpa satu forum nie memang aku rasa banyak membantu gak. Kebanyakkan yang aku baca yang darah MC nie cuma 2 minggu jer yang paling lama. Tapi aku dah lebih 2 minggu dan darah aku dah start warna brown macam darah lama.

Aku cuba tunggu seminggu lagi dengan harapan darah akan berhenti. Sehinggalah satu malam aku alami sakit perut yang xboleh aku nak ceritakan kat sini. Aku rasa rahim aku macam bengkak dan aku xboleh langsung tegak kan badan. hubby aku terus pecut pergi ke kecemasan dan terus refer kat OnG. Masa tue aku dah tak boleh nak bercakap langsung sebab aku rasa macam peti suara aku ketat. Masa tue aku pikir aku nak mati jer. Doc ngan nurse terus cek dan aku dah tak sedar. 

Sedar- sedar je aku tengok dah pagi dan aku ada kat wad. tengok kat tangan ada drip. Aku cari gak hubby tapi takde.Tak lama tue doc pun masuk dan explain kat aku. Doc cakap kat rahim aku ada darah beku dan aku dah kena infection. Aku macam blur jap. Doc cakap lagi sekarang nie dia bagi rawatan antibiotik dan juga ubat untuk stopkan darah. Dalam pukul 9 pagi macam tue nurse datang masukkan ubat berhentikan darah melalui drip kat tangan. masuk je ubat benti darah terus aku rasa loya ngan sakit kepala.Fuh kuat tul ubat nie. Doc cakap aku kena duduk wad seminggu. Masuk hari ke dua darah aku dah stop. tapi aku macam pelikla kalau masuk kan ubat benti darah camana darah beku dalam rahim aku nak kuar. Tapi aku malas la nak tanya ngan doc sebab aku pikir doc tau apa yang diaorg buat. 

Alhamdulilah doc cakap aku tak deman dan doc pun tengok aku dah sihat. Dapat aku kuar wad cepat tak sampai seminggu duduk wad. Selepas 2 hari aku kuar wad darah aku turun balik. Aku pun macam apa hal turun balik nie. Aku pikir nak try urut lak. Aku pun pergi la urut kat bidan kat semenyih. Bidan pun urut la perut aku terus bidan cakap kat aku eh ada darah beku lagi nie. Aku cakap la kat bidan aku baru kuar wad. Bidan tue cakap patut cuci nie. Aku pun tak tau nak cakap camana. Bidan suruh aku tungku siap bagi aku batu untuk tungku. Balik tue hubby terus tungku perut aku. Barulah rasa lega tapi aku still bleeding. 

Masuk 3 minggu lebih aku masih bleeding sampai aku tak tau nak buat camana. Ubat dah habis makan tetiap malam aku bertungku tapi darah masih lagi kuar. Masuk sebulan lebih aku masih lagi bleeding dan aku dah stop tungku. Hampir setiap malam aku menangis kenapa la darah aku tak berhenti.  Mesti korang tertanya asal aku tak pegi hospital balik. Bukan aku tak mau pegi tapi aku jadi macam malas nak pegi sebab aku tak rasa sakit cuma bleeding jer. Kalau aku pegi hospital kopem kena tahan dah la hubby aku takde dah start keje. Aku pikir sape yang nak tolong uruskan aku.. Susah wei kalau laki bini PJJ nie banyak kena pikir.

Aku pikir agaknya darah beku tue kuar takpela biar dia habis kuar. Masuk sebulan lebih darah masih tak berhenti. Dari warna brown tukar ke fresh blood. Dah jadi macam darah period sampai aku jadi konpius aku period ke. Serius wei aku jadi macam tak tentu hala. Sampai aku jadi down sampai nangi-nangis bila aku cerita kat membe aku. Bayangkan dah la hubby jauh jadi emosi aku lagi tak stabil. Sehingga lah satu petang tue aku ras macam ada besar turun dari perut aku Bulp bunyi kat perut aku. Terus aku masuk toilet tgk macam benda putih bersalut darah. korang tau tak kalau kita siang ikan darat dalam perut ikan tue kan ada macam pelampong warna putih sebijik la macam tue cuma ada salut darah. terus aku pikir agaknya benda nie yang menyebabkan aku  bleeding. Terus aku msg kawan aku yang keje nurse tunjuk benda tue. Mengucap aku bila kawan aku cakpa tue kantung baby. Ya Allah lama nya aku merana disebabkan kecuaian doc. Kenapa doc tak bersihkan betul-betul. tapi Alhamdulilah walaupun aku bleeding tapi aku tak deman aku tak kena infection darah yang boleh membawa maut. Masa tue baru aku terpikir mungkin ini ujian untuk aku dan aku kena redha.

Selepasa kejadian tue terus bleeding aku stop. Rasa nak nangis bila tgk kat panties dah takde darah. Dah lama tak rasa keadaan macam tue. Aku pulak macam trauma kalau aku rasa lain macam kat tut terus aku berlari pergi toilet takut aku bleeding. Alhamdulilah dah tak de. Kekadang bila dah sihat nie aku terpikir pasal benda nie. Dulu aku sibuk nak ngandung sampai aku jadi susah hati apsal aku tak ngandung lagi. Bila aku ignore pasal ngadung aku banyak lebih relax Allah makbul kan doa aku. Sampai Allha bagi tanda kat aku pun boleh aku tak perasan. Tanda yang aku dapat sebelum aku ngandung aku mimpi buat UPT lepas tue tanda aku makan asam macam orang tak pernah makan. Tapi still tak boleh sedar yang diri aku nie dah ngandung. Tak pelah mungkin ini bukan rezeki aku. Insya Allah akan digantikan dengan lebih baik.

Sekarang aku akan jadi lebih relax tanpa memikir pasal baby. Pasal apasal aku boleh gugur. aku tak nak memberatkan emosi aku kerana aku sedar not good for me. Pada kengkawan yang pernah keguguran dan juga masih menanti cahaya mata enjoy ur life. Jangan beratkan emosi dan sentiasa bersangka baik pada Allah. Insya Allah semua nya akan baik-baik belaka.