Thursday 17 July 2014

Perihal mengandung-Petua Mudah Bersalin

Assalamuailaikum..

Alhamdulillah sekarang nie dah masuk 35 minggu..Minggu depan nak jumpa pakar lak sebelum aku cuti panjang. Rasa tak sabar nak jumpa baby yang selalu buat perut aku senget sebelah macam comel je hehehehe. Kekadang senyum sensorang bila tengok berombak dengan sendiri. Macam tak percaya yang aku mengandungkan zuriat sendiri. Bila nak hampir bersalin nie punyalah aku google petua untuk memudahkan bersalin. Salah satu yang aku dapat dari  siraplimau.com

Petua Mudah Bersalin


Setiap wanita dianugerahkan kelebihan untuk menahan sakit bersalin yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana lelaki di dunia. Petua mudah bersalin bukan sesuatu yang dibuat-buat.
Juga, sakit bersalin adalah sakit yang tidak dapat digambarkan. Hanya orang yang pernah merasainya yang tahu bagaimana rasanya sakit bersalin. Ia seperti satu perjuangan anta hidup dan mati seseorang ibu.
Oleh sebab itulah jika seseorang wanita meninggal semasa bersalin dikira sebagai syahid. Kesakitan yang dialami ketika bersalin merupakan lumrah yang tidak dapat dielakkan. Sebagai umat Islam, anggaplah kesakitan ketika bersalin itu sebagai kafarah dosa.
Para ibu yang hamil biasanya tertanya-tanya apakah ada cara untuk melancarkan proses bersalin agar kesakitan yang ditanggung tidak lama. Jawapannya ialah YA.
Kita sememangnya perlu untuk berusaha mencari maklumat dan berkongsi pengalaman bersalin agar dapat dijadikan panduan dan pengajaran antara satu sama lain. Setiap kelahiran adalah berbeza proses bersalin yang akan dilalui walaupun sudah mempunya ramai anak.
Berikut merupakan beberapa usaha yang boleh diaplikasi semasa hamil dan semasa proses bersalin untuk membantu melancarkan proses bersalin:

Banyakkan membaca buku & menimba ilmu

1. Menimba pengetahuan
Kajian dan tinjauan harus dibuat semasa hamil. Rajin-rajinkan mulut bertanya pengalaman bersalin orang sekeliling sama ada kawan sepejabat, saudara mara, mahupun jiran tetangga. Mereka pasti teruja untuk menceritakan pengalaman masing-masing di samping memberi nasihat yang berguna kepada anda kelak. Ibu hamil juga perlu meluaskan pengetahuan melalui pembacaan. Belilah buku yang berkaitan kehamilan dan bersalin sebagai langkah awal untuk mendapat sedikit gambaran tentang perjalanan seorang ibu hamil hingga melahirkan bayi. Ikutilah juga kelas antenatal yang dianjurkan di mana-mana pusat kesihatan. Ianya percuma sahaja di hospital kerajaan.

Dekatkan diri kepada Allah

2. Persediaan mental dan rohani
Ibu perlu yakin terhadap kemampuan diri sendiri. Jadilah seorang yang berfikiran positif. Fikirkan bahawa jika wanita lain boleh melakukannya, mengapa anda tidak? Apabila anda yakin, secara tidak langsung akan menaikkan semangat anda. Bersabar dan bertawakal merupakan kunci utama kepada kejayaan seseorang. Sentiasalah berdoa agar dipermudahkan proses sebelum, semasa, dan selepas bersalin.

Mengandung bukan satu alasan tidak bersenam

3. Persediaan fizikal
Ibu hamil mesti menjaga kesihatan agar sihat tubuh badan. Otot-otot sendi yang kuat dan mantap akan membantu melancarkan proses bersalin. Hindari aktiviti yang boleh memudaratkan dan mendapat jangkitan. Elakkan daripada mendapat selsema dan batuk. Sekiranya terjangkit, segeralah mencari penawar agar sistem dalam badan tidak terganggu terlalu lama. Sentiasalah bersenam dan mengambil diet yang seimbang supaya badan cergas.

Tarik nafas dalam-dalam

4. Menenangkan diri
Walaupun sakit, ibu harus berusaha untuk bertenang. Ungkapkanlah zikir dan selawat sebagai penambah semangat di samping mengurangkan sakit yang ditanggung. Ketika ini, sokongan moral daripada suami sangat membantu terutamanya di saat kelahiran. Mintalah ampun kepada suami dan kedua orang tua sebelum bersalin. Amalkan teknik pernafasan yang betul semasa ingin bersalin. Kebiasaannya, kakitangan hospital akan membantu ibu-ibu semasa proses bersalin berjalan.


Makan makanan yang berkhasiat

5. Alas perut
Melahirkan anak bakal memerlukan tenaga yang banyak. Kekurangan tenaga akan menyukarkan atau melambatkan proses bersalin. Alaslah perut anda sebelum dibawa ke bilik bersalin. Makanlah sesuatu walaupun anda tidak berselera kerana menahan sakit. Jangan biarkan perut kosong. Sekurang-kurangnya makanlah sebuku roti atau beberapa keping biskut sebagai alas perut


Minyak kelapa dara, bukan buah kelapa muda!

6. Minyak kelapa dara
Minyak kelapa dara atau lebih dikenali sebagai VCO (virgin coconut oil) adalah salah satu petua bagi membantu proses bersalin. Ia juga merupakan antiviral yang boleh melawan jangkitan. Minyak kelapa dara boleh diminum atau diambil dalam bentuk kapsul. Ada juga yang mengambil langkah dengan menyapu minyak kelapa dara di bahagia perineum untuk mengelakkan koyakan semasa bersalin. Pengambilan minyak kelapa dara sepanjang kehamilan dipercayai akan menunjukkan kesan yang menakjubkan.

Susah nak cari telur ayam kampung
 7. Telur ayam kampung
Telur ayam kampung sememangnya sinonim dengan pemulihan tenaga. Menurut petua orang lama, pengambilan telur ayam kampung bersama air milo sangat membantu semasa proses bersalin terutamanya semasa meneran. Ambil sebutir telur ayam kampung mentah dan pecahkan ke dalam secawan air milo. Kacau kemudian diminum sebelum anda pergi ke hospital setelah tanda-tanda hendak bersalin kelihatan. InsyaAllah ianya akan membantu dalam proses bersalin anda. Telur ayam kampung juga boleh diambil sepanjang kehamilan dalam bentuk separuh masak.


Biasa-biasakan makan sayur bendi

8. Bendi
Sayur bendi terdiri daripada 90% air dan kaya dengan kandungan kalsium. Sayur yang berlendir ini bukan sahaja dapat membantu dalam proses bersalin, malahan ia juga turut menjadi penawar kepada sembelit, diabetis, dan jaundis. Bendi boleh dimakan dalam pelbagai cara termasuklah sebagai ulam, ditumis, dimasak bersama ikan dan sebagainya. Ibu hamil yang mempunyai masalah buasir juga boleh mengamalkan makan bendi supaya tiada masalah yang timbul semasa bersalin nanti.


Sebelum minum air zam-zam, selawat dulu

9. Kurma dan air zam zam
Makanan dan minuman dari tanah arab ini sering disebut-sebut sebagai makanan tambahan ataupun penawar kepada penyakit. Kurma adalah sejenis buah yang bakal memberikan tenaga segera. Ia pantas diproses dan diserap. Selain mengandungi karbohidrat, kurma juga terdiri daripada serat dan potassium.
Buah kurma amat baik untuk wanita mengandung kerana dapat memudahkan proses bersalin dan mengurangkan pengaliran darah semasa bersalin. Makan lah buah kurma sebanyak yang boleh semasa sedang sakit hendak bersalin sementara menunggu untuk masuk ke bilik bersalin. Minum air zam zam sebagai penghilang dahaga.
Kesimpulan
Demikianlah 9 cara yang boleh dicuba untuk membantu melancarkan proses bersalin. Ibu-ibu yang sedang hamil jagalah pemakanan anda dan pilihlah makanan dari sumber yang halal. Usah bimbang akan sakit bersalin kerana telah berjuta-juta wanita melalui proses kelahiran dengan selamat walaupun berkali-kali.
Sesungguhnya wanita memang diciptakan istimewa dengan kemampuan untuk mengandung dan melahirkan anak. Mudah-mudahan apa yang ibu-ibu sekalian usahakan dapat mengurangkan bebanan sakit hendak bersalin dan melancarkan proses bersalin. Kesemua kesakitan akan lenyap serta merta setelah keluarnya bayi comel dari rahim ibunya.
Tidakkah anda teruja wahai ibu hamil sekalian? Kuatkan semangat anda. Nikmati pahit manis perjalanan sebagai ibu hamil sehinggalah saatnya bayi anda dilahirkan anda akan merasai kegembiraan yang tidak terucap.
Semoga bermanfaat.

Thursday 10 July 2014

Perihal mengandung- BSP dan BP

Assalamuailaikum


Kejap je dah 13 ramadhan. Setakat nie alhamdulilah aku br 2 hari ponteng puasa heheheh itupun sebab aku batuk teruk..kalau tak mau penuh gak puasa aku. Bila mengandung nie baru la aku tau aku ada potensi nak kena darah tinggi ngan kencing manis walaupun sejarah family tak de penyakit nie. sob..sob..sob sedih tau. 

Awal triesmeter tekanan darah aku tak normal. Bacaan atas ok tapi bacaan bawah tak berapa cun asik 90 kebawah je. Bila tanya doktor klau bacaan atas tinggi maknanya aku ada hypertension macam aku ada tekanan ke ada masalah ker..kalau bacaan bawah tinggi makna sistem dalam aku tak berfungsi dengan baik. Tapi aku rasa sbb bacaan darah aku tak normal mungkin masa nie uri nak terbentuk jadi sistem dalam badan kena bekerja dengan lebih kuat. 

Bila doktor bagi penerangan pasal siptom-siptom darah tinggi aku jadi takut sebab aku boleh kena sawan dan baby terpaksa dikeluarkan tak kira bape minggu sebab boleh menyebabkan kematian. ishh takut...Start dari tau tue hubby asik suruh aku makan epal hijau siap blend buat air dan aku jadi pelanggan tetap klinik seminggu 3 kali dok ulang alik ambik bacaan tekanan darah.Sampai nurse kat klinik pun dah kenal aku. masuk jer triesmeter ke2 alhamdulilah tekanan darah aku kembali normal lega sungguh.

Bila kandungan dah 18 minggu aku kena minum air gula pulak sebab berat badan naik mendadak. nasib baik air gula perisa anggur. Masa minum aku rasa macam ok jer laju jer aku minum. Erm rupanya aku suspek GDM patut la laju jer aku minum. Orang lain minum terkulat-kulat nak habiskan. Aku siap tanya doktor apsal aku boleh ada GDM sebab family aku xde sorang pun kencing manis. Doktor bagitau aku mungkin sebab hormon mengandung selalunya lepas bersalin kencing manis tue akan hilang kecuali aku mengadung setiap tahun maknanya takde jarak kencing manis tue boleh kekal dalam badan aku. Ishh baru plan nak ngadung lagi taun depan heheheh.

Sejak dari tue aku pun start la buat BSP sendiri nasib baik klinik bagi pinjam semua alatan nak buat BSP kalau nak beli mahal gak. Jimat situ. masa nak cucuk jarum kat jari sendiri mengigil-gigil yelah seriau kan bila dah selalu buat erm pejam mata jer cucuk hehehee. Alhamdulilah setakat ni bacaan BSP aku paras normal Insya Allah 36 minggu sok jumpa pakar mungkin akan stop la buat BSP. Nasib baik la aku tak yah buat insulin yang bagi aku lagi seksa. Dan baby bagi kerjasama yang baik sebab berat tak melebihi berat yang ditetapkan. Good baby..

niela alat nak buat BSP
Buat ibu-ibu yang mengalami penyakit seperti aku jangan risau yang penting jaga pemakanan dan jangan asik pikir pasal penyakit tue. Waktu mengandung nielah kita kena fikir positif Insya Allah semuanya akan berjalan lancar.

Wednesday 9 July 2014

perihal mengandung- batuk

Assalamuailaikum..

Setakat nie dah 2 kali aku diserang batuk ketika hamil. Pertama kali aku kena batuk masa kandungan dah masuk 7 bulan..seksanya hanya Allah jer yang tahu dahla batuk siap ada pakej deman lagi. Akhirnya aku melepet selama seminggu. Dah la suami jauh nasib baik ada kengkawan yang baik hati tolong jaga aku. Bila kandungan dah besar jadi bila batuk automatik akan terkencing-kencing. Serius tak boleh nak control. Sampai basah kain aku kerap gak la aku bertukar kain.

Puas aku google cari penawar ilangkan batuk bagi ibu mengandung. Nak makan ubat batuk klinik memangla tidak bagi aku walaupun doktor cakap boleh tapi aku yang tak kopiden. Risau tau baby dalam perut kang overdos tido pulak. Bukan apa aku pernah gugur jadi kalau boleh kandungan yang kedua nie aku nak lebih berhati-hati. Setakat nie aku tak makan panadol atau ubat-ubat untuk melegakan sakit kecuali vitamin yang sememangnya orang mengandung akan makan.

Penawar yang aku dapat hasil daripada google ialah madu + lemon. Bagi aku memang terbaik. memang penawar semulajadi. Apa yang aku buat ialah aku hiris lemon dalam beberapa keping letak madu dalam 1 sudu dan tuang air panas. Leganya tekak tak usah cakap la. dalam Sehari tue aku buat 3 kali minum dan Alhamdulilah batuk aku makin kurang dan akhirnya hilang.

Bulan puasa nie pulak aku kena balik batuk tapi takde la teruk macam first time batuk. Waktu nie aku dah 34 minggu bayangkan setiap kali batuk baby mengeras..adoi sakit tau bila baby mengeras. Kali nie aku tak buat lemon+ madu tapi aku makan gula-gula strepsils nampaknya memang sesuai dengan aku. Alhamadulilah masuk hari ketiga batu aku makin surut. Yang tinggal cuma batuk manja-manja gitu.

Sekarang nie dah masuk 34 minggu harap sangat baby kuar selepas raya 38 minggu pun ok heheheh.