Lamanya tak tengok blog.Anak kedua dah nak masuk 4 bulan baru nak update. Kesian kat hadif citer dia langsung xde kat dalam blog. hadif selamat dilahirkan pada 25 Januari 2016 di Hospital Sultanah Bahiyah A.Setar secara czer. Alhamdulillah dah sepasang rasanya cukup la setakat nie dulu sebab keadaan kesihatan akak pun tak mengizikan.
24 Januari 2016
Ahad kan kedah kerja tapi di sebabkan cuti Thaipusam banyak lah agenda yang nak akak selesaikan sebelum akak beranak. Nak ikut kan due date pertengahan bulan Februari kira dah tak banyak masa lagi la. Pagi tue akak bangun buat sarapan mee goreng walaupun perut dah besar gila sampai orang tengok pun takut tapi akak gagahkan diri goreng mee. Lepas sarapan tue akak ngan mak mentua adik ipar cadang la nak beli tudung kat Simpang Kuala Orang kedah panggil NAD pagi. Masa tue akak dah rasa macam tak sedap badan mcam nak muntah ada nak cirit pun ada tapi akak ignore kan saja sebab nak berjalan punya pasal. Dengan perut yang besar lepas tue berpeluh-peluh betul2 nampak macam pompuan gemok yang busuk . hahahaha tapi akak tak kira akak jalan gak.
Masa nak jalan balik ke kereta akak dah rasa mual dalam hati nie dok pikir eh apasal mual sebab mengandung kedua nie akak tak pernah mual atau muntah. sampai kereta terus idupkan ekon. Hidup je ekon akak pun terus muntah habis keluar semua yang akak makan pagi tadi. habis baju akak sebab tak sempat nak tadah.Adik ipar akak terus pecut balik rumah nasib baik rumah akak dekat. Sampai je rumah akak terus salin baju mandi bersih kan badan terus melepet atas katil. Masa tue rasa perut asik mengeras je. Last2 akak tertidur. Dalam pukul 2 lebih mentua akak kejut sebab akak tak makan apa lagi. Tapi akak rasa tak lalu perut pulak mengeras tahap tegang dah. Akak ajak mentua ngan husband pg hospital sebab akak kan ada darah tinggi. Sampai jer hospital tue dia darah tinggi akak mencanak naik, ingat tak kena tahan wad sekali kena gak. Merasa lah akak kena seluk ngan masuk mulut itik.
Masuk je wad akak kena duduk wad cmr terus kena masukkan ubat untuk elakkan akak kena sawan apa ek nama ubat tue lupa lah pulak. Tapi ubat tue akan drip masuk selama 24 jam lepas tue kena minum air banyak sebab ubat tue panas. Dalam pada masa tue Doc pun datang bincang2 sebab akak pernah bersalin czer, doktor cadangkan akak pun czer gak sebab akak pesakit yang berisiko. Kalau misalnya tetiba akak boleh beranak normal doc cadangkan akak amik epidural supaya akak boleh relax dan akak tak stres. Akak pun tak kisah janji selamat.
25 Januari 2016
Memandangkan akak tak gak rasa nak besalin jadi doc saran kan akak czer. Doc pun bagi nama kat bilik operate. Kiranya akak pesakit pertama yang akan dibedah kecuali ada kes emergency. akak pun rasa dup dap lah gak walaupun akak pernah czer. Akak pun prepare lah. Dalam pukul 11 pg akak pun ditolak masuk. Masuk kat bilik ot bukan terus dibedah diaorg letak kita kat situ lepas tue baring lah akak merenung nasib. Dalam bilik tue adalah 2-3 orang lagi. Dalam 15 minit macamtue baru diaorang sorong masuk dalam bilik ot. Dalam tue ada beberapa orang nurse ngan doc. Diorg alihkan akak letak dalam katil yang untuk bedah suruh akak duduk dan bengkok kan badan cucuk ubat bius semua. Lepas tue akak dah tak rasa kaki akak. Masa opertion tue akak rasa bahu akak sakit sangat sampai minta tolong nurse. Nurse pun datang picitkan tapi tak lama la. Masa tengah operation tue boleh la nurse dok bercerita tempat makan yang sedap macam tak de apa2 berlaku. Akak nie yang terbaring tumpang sekali la dengar. Tetibaa akak rasa sakit macam kena tekan. Rupa-rupanya doc ngan pembantu dia tengah dok tekan perut akak sampai menjerit akak kesakitan. Doc siap cakap saba ye baby tersangkut sebab ada lemak. Akak rasa nak pitam dah tekanan darah akak terus naik. Tak boleh nak citer betapa sakitnya masa perut kena tekan sampai terjerit akak dalam bilik ot. Masa baby keluar tue baby tak nangis Doc siap cakap doa2 lah supaya anak awak akan ok. akak dah cuak ngan rasa trauma tadi tak ilang lagi. Alhamdulilah akak dengar juga anak akak nangis jumpa la akak sekejap nagan baby boy akak. Nurse suruh kopemkan jantina dab terus bawa keluarbaby. Masa doc nak start jahit tue akak cakap kat doc akak rasa sakit dan trauma terus diaorg pasangkan gas. Masuk jer gas terus akak mamai. Lepas habis operate semua akak dihantar luar untuk stabil kan. Dalam keadaan mamai tue akak terdengar gak yang tekanan darah akak tinggi bayangkan akak sudah operate kul 1 lebih keluar dari bilik ot dalam pukul 4.30 petang. Akak rasa trauma sungguh kali nie. Akak sedar akak dah ada kat wad ada husband ngan mentua akak. Akak rasa mengantuk sungguh. borak-borak kejap terus akak lena. Akak ingat dah ilang trauma akak rupanya tak lagi akak deman panas dengan tekanan darah naik. Masa tue akak pikir nak mati dah, camana la anak akak kalau akak mati. Pikir dah macam-macam. Nurse ngan doc kelam kabut cal pakar. Pakar suruh pindah kan akak ke wad cmr. Pindah la akak ke wad cmr. masuk wad cmr barulah panas akak turun dengan tekanan darah turun. Doc syak akak stres duduk kat wad sebab ramai orang. Dudukla akak kat wad cmr rehatkan diri. Masa tue sempat gak akak baca whatap husband akak dan tengok gambar baby. Masa tengok tue luluh hati akak tengok baby penuh wayar. panjang lak pulak nanti sambung lagi cerita baby di NICU.
Muhammad Hadif bin Mohamad Najib 35w 4d My prem baby |