Sunday 4 March 2012

LIME TREE HOTEL KUCHING SARAWAK

hari nia akak nak buat review hotel lime tree yang akak menginap masa akak pergi bercuti ke Kuching..

pada 23hb bersamaan hari khamis akak dengan semangatnya bangun awal pagi mmg perangai akak macam tue kalau nak berjalan jauh mesti malam tue akak tak tido lena dan pagi esoknya akak akan bangun awal (tebiat sungguh)


Sebelum pergi LCCT akak pun buatlah nasi goreng untuk penuhkan perut akak kerna akak tak nak makan kat LCCT dan tak nak beli makanan kat dlm flight yang boleh membuat dompet akak kempis...(sebenarnya jimat)


Selepas check in bagai dan akak pun fly terus ke kuching...sesampai je di kuching akak pun terus cari nama akak..akak cari sebab akak dh tempah kat hotel supaya jemput akak kat airport..bagus kan service dia kalau gunakan teksi untuk ke hotel RM26 klau hotel cuma RM23 jimat sangat...


inilah rupa van menjemput akak...cantik dan selesa..masa nak on the way nak ke hotel mak aii jalan nk ke hotel jem teruk..akak pun meramahkan diri akak ye la boring naik van klau sunyi sepi je kan..hasil temuramah akak pakcik yang bawa akak nie orang iban..tu dia muka macam cina tp sekali iban..konpius akak jap...


Sampai je hotel akak punya first tanggapan keciknya bangunan..tapi dek non jangan judge books by it cover feeling omputeh sikit..walaupun kecik tapi marveles...





layanan staf kat hotel mmg friendly..ko pepenat terus rasa penat ko hilang dibawa bau fresh limau...untuk pengetahuan korang hotel nie dapat nama sempena limau yang ditanam sendiri oleh owner hotel nie..diaorg siap jual lagi limau dari ladang owner nie..tp akak xde la beli..


dia punya lif pun canggih walaupun kecik tapi lif dia ada security setiap tingkat nak naik mesti ada kad untuk ko sentuh kat butang lif tue... kalau ko tak de kad harapan la ko nak naik bilik sebab butang tue tak nyala duduk la ko dlam lif tue tak kemana-mana hehehehe..


Sampai bilik lagi akak terkesima..maklumlah akak macam gayat tak sangka hotel nie mmg marveles ingat biasa-biasa je..sekali ko besar gila kalau nak bawa family reramai pun tak de masalah..tapi sayangla akak nie terlupa la nak snap gambo kat hotel nie..nie semua akak cilok dari laman web hotel..




Tengok besar kan katil maklumkan size king...nampak katil apa lagi terjun la akak nak luruskan segala bagai..dah puas golek-golek akak pun masukla bilik air..ha amik ko semua sabun dalam toilet tue semua berasaskan limau..wangi jer..sebelum akak terlupa hotel nie tak benarkan korang smoking sebab setiap bilik ada smoke detector ha berani la smoking mau memekak hotel tue..siap kena cas lagi..jadi selama berada kat hotel nie ko akan hidu udara tanpa asap rokok..fresh je...bagus kan...


Penat gak nak citer pasal hotel nie panjang gak la karangan akak nie..kalau korang rasa nak pegi kuching lepas tue pening nak ddk hotel mana aka rekemen sangat hotel nie...mmg dekat dengan tempat makan yang best nanti akak review dekat ngan waterfront...mmg rekemen habis la..untuk pengetahuan korang kalau korang tempah hotel nie tempah kat web hotel nie kalau early bird dapat diskaun byk gak..tapi pastikan korang ada kad kredit hehehehe ..ni laman web http://www.limetreehotel.com.my/





















No comments: