Monday 28 December 2015

3 Tahun Sudah

Assalamuailaikum..


Alhamdulillah, genap dah 3 tahun aku berkawin ngan Mohamad Najib pada 21.12.2015. Cepat betul masa berlalu bohonglah dalam 3 tahun perkahwinan kami semuanya indah belaka. Kekadang ada gak pergaduhan kecil kekadang kalau di biar boleh jadi besar, tak puas hati antara satu sama lain memacam lagi la asam garam rumahtangga nie. Kekadang bila baca blog kengkawan seronoknya sebab rasa rumahtangga diaorg macam takde masalah langsung. Tapi tuela kan bahagian memasing.

Tapi jangan cakap aku mengeluh pasal rumahtangga aku tapi sebaliknya aku bersyukur walauapun aku dan husband banyak kekurangan tapi kami saling melengkapi antara satu sama lain. Banyak juga aku belajar untuk menjadi isteri sempurna di mata suami sendiri. Belajar untuk memahami apa yang disuka dan tak suka. Apa yang menjadi kegemaran suami. Belajar untuk bertolak ansur, belajar untuk menjadi sabar, belajar untuk menerima seadanya, belajar untuk membahagiakan suami. Begitu juga ngan Husband dia juga banyak belajar mengenai aku. Bagi aku itulah yang terbaik bagi mengekalkan keharmornian rumahtangga.

Dengan kehadiran Hanna Nadheera melengkapi hidup keluarga kami. Dan tak lama lagi kami akan menyambut kehadiran orang baru lagi. Maknanya tahun depan beraya berempat lah. Dulu sebelum kahwin aku selalu berangan indah jer, tapi selepas berumahtangga barulah aku faham sepak teranjang dalam kehidupan berumahtangga. Memang kata orang kalau kita ikutkan sangat hati dan perasaan tak sampai setahun kot dah bercerai berai. Tapi sape yang ingin bercerai kan jadi dalam melayari rumahtangga memang kena banyak ilmu. Bukan sekadar ilmu semasa nak kawin tapi ilmu selepas kahwin.

Aku bersyukur kerana dikurniakan keluarga yang banyak beri support terutamanya keluarga mentua kerana menerima aku seadanya, selama setahun aku duduk ngan mentua aku selalu diberi tunjuk ajar bagaimana melayari rumahtangga. Kata orang tak seronok duduk ngan mentua kalau duduk umah sendiri lagi seronok. Tapi itulah pengorbanan yang aku lakukan untuk rumahtangga aku. Alhamdulillah mentua aku baik orangnya. Memang rezeki aku.

Pada usia perkahwinan yang masih muda nie aku berharap aku akan terus bijak melayari rumahtangga bersama husband, memberi terbaik buat anak-anak dan juga keluarga. Mampu menghadapi dugaan dengan tenang dan sentiasa beritiqamah dalam mencari ilmu rumahtangga.



Monday 21 December 2015

KENAPA LA MANUSIA MAKIN KEJAM

Assalamuailaikum..



Perasan sekarang nie macam-macam kekejaman yang berlaku pada kanak-kanak kecil. Aku lah tak sampai hati nak tengok sedih tul la dengan perangai manusia yang dah tak de sifat kasih sayang.
Kalau kat news feed kat facebook berderat pasal kekejeman syria terhadap kanak-kanak. Ya Allah aku jadi trauma lak tengok tak dapat aku bayang kesakitan yang di alami oleh kanak-kanak Syira tue. Diorang tak belas langsung tengok kanak-kanak yang diorang bunuh tue. 

Kat Malaysia lak pasal penderaan sampat mati budak tue didera. Itu tak termasuk lagi yang kena rogol aiyoo dengan budak pun masih lagi bernafsu. Nie terbaru berlaku kat Klang budak 4 tahun kena dera ngan BF mak dia sampai mati. Kesian budak tue camana la dia tahan sakit. Kita yang kena pukul sikit pun rasa sakit dah sesangat nie kan budak 4 tahun yang masih kecil yang hanya tahu bemain. Aku geram tul la bila aku terbaca bab dera bab rogol yang melibatkan anak kecil. Jiwa mak2 nie nie memang sensitif sesangat. Tak terbayang kalau anak aku jadi camtue.


Makin kita maju kedepan mengejar kekayaan dunia kita semakin menipis dengan kasih sayang , sifat belas ihsan sesama manusia dan sifat keperikemanusia semakin hilang.


2015 to 2016

Assalamuailaikum...

lamanya tak update.Nak akhir Disember baru nak terhegeh nak update. Semenjak aktif kat IG langsung kurang nak menulis kat blog. Kesian blog nie dah serupa penunggu gua.

Sedar tak sedar setahun aku duduk di Alor Setar. Berbeza sungguh dengan kehidupan aku masa duduk sensorang kat Putrajaya. Lelagi sekarang nie aku masih lagi duduk bersama mentua. Nasib baik mentua baik dan anak aku pun dia tolong jaga. 

Duduk kat Alor Setar nie bagi aku amat berbeza ngan duduk di Putrajaya. Kos hidup memang rendah la berbanding Putrajaya. Tapi masa terasa gak ngan ekonomi yang tak stabil nie. Alor Setar bagi aku memang syurga makanan. Masakan dia kebanyakkan kena ngan selera aku. Jangan tak tahu barang basah pun boleh dikatakan murah. Pernah sekali aku beli ikan pelaling aka ikan termenung cuma seringgit sekilo OMG kan..hukhukhuk. Dah la ikan dia fresh sebab aku beli kat Kuala Kedah manis nya isi dia. Kalau kat Putrajaya mana nak dapat kan.

Nanti aku cuba update tempat makan best di Alor Setar mana tau ampa sesat datang sini. Boleh lah terjah banyak kedai makan yang syok kat sini. Sekarang nie jangan tak tau aku dah pandai cakap loghat utara hahahahahaha. Hilang cakap nogori tapi bila balik nogori lidah nie automatik bertukar loghat. Power kan. Seronok gak bila banyak benda baru aku belajar contoh macam pedal ayam. Ampa jangan ingat pedal ayam yang kita makan tue tapi kunci mangga (Padlock) hahahaha pelik kan aku masa tau tue sakit perut gak gelak. Syok gak kan bila kita merantau jauh nie.



Padlock

pedal ayam


Lupa lak senarnya aku nak bagitau aku pregnant lagi huhuhuhu. Rezeki awal jangan ditolak. Nanti Insya Allah bulan Februari nie bertambah lah lagi sorang. Ada citer sebalik tabir bab pregnant nie. Nanti aku cerita kalau ingat la. 

Rasa kekok lak nak citer kat dalam blog ayat pun tah apa-apa. lama sangat tak menulis. Doa-doakan lah biar rajin sikit update blog biar meriah macam sebelum kahwin masa zaman jadi bride2be.

Bye....