Wednesday 10 December 2014

i'm back

assalamuailaikum...

fuh lamanya tak update blog. lepas bersalin terus macam tak de mood nak update. Hidup semenjak ada anak nie betul-betul berubah 360 darjah. Tapi aku rasa bahagia walaupun rutin hidup aku dah banyak berubah.

Aku dah tak pjj dah dengan husband lagi yeaaa... rasa baru lah lengkap hidup berkeluarga. Setahun lebih gak la aku dok pjj ngan husband. Tapi aturan Allah maha hebat, elok je aku bersalin dalam bulan 8, bulan 9 aku dapat tukar ke kedah. Perasaan masa tue tak tau nak cakap gembira sesangat tapi dalam masa yang sama aku sedih nak tinggalkan Putrajaya nak lagi rumah aku kat presint 5. Sayang nak tinggal kan rumah tue sebab dah lah besar, angin kuat, mengadap picc nampak ERL syok ddk situ. tapi nak buat camana family first kan.

First dapat baby dengan pengalaman tak banyak. Dahlah aku kena czer jadi pergerakan amatlah terbatas. Tapi bila kita dah jadi ibu otomatik semangat nak jaga anak sendiri datang hehehe. Pengalaman masa jaga anak dalam pantang adalah satu pengalaman yang amat berharga masa tuelah aku terfikir macam nie lah agaknya mak aku jaga aku waktu baby. Kesian kat mak tapi mak tak pernah merungut atau mengungkit masa aku degil tak dengar cakap mak.

Baby aku bila malam suka lah buat perangai menangis nonstop macam kena cubit. aku banyak hari juga lah tak dapat tido malam.Sampai aku jadi fobia bila malam menjelang. Setiapkali nak tido mesti aku pasang azan dengan ayat suci Al-quran. baru lah baby aku tenang sikit tak nangis. Bila baby nangis nonstop dengan badan aku letih naik angin juga aku. nasib baik ada suami kalau tidak tak tau la nak camana. Masa nielah aku belajar menjadi lebih sabar. betul la cakap orang anak adalah ujian bagi kita. 

Sekarang nie aku rasa seronok sangat tengok perkembangan baby dari masa kesemasa. Bila kerja rasa rindu sangat kat baby. Rindu nak tengok dia gelak rindu nak tengok dia nangis. Terima Kasih Ya Allah atas kurniaan yang amat bernilai ini.

Hanna Nadheera mama sayang kat hanna


Thursday 17 July 2014

Perihal mengandung-Petua Mudah Bersalin

Assalamuailaikum..

Alhamdulillah sekarang nie dah masuk 35 minggu..Minggu depan nak jumpa pakar lak sebelum aku cuti panjang. Rasa tak sabar nak jumpa baby yang selalu buat perut aku senget sebelah macam comel je hehehehe. Kekadang senyum sensorang bila tengok berombak dengan sendiri. Macam tak percaya yang aku mengandungkan zuriat sendiri. Bila nak hampir bersalin nie punyalah aku google petua untuk memudahkan bersalin. Salah satu yang aku dapat dari  siraplimau.com

Petua Mudah Bersalin


Setiap wanita dianugerahkan kelebihan untuk menahan sakit bersalin yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana lelaki di dunia. Petua mudah bersalin bukan sesuatu yang dibuat-buat.
Juga, sakit bersalin adalah sakit yang tidak dapat digambarkan. Hanya orang yang pernah merasainya yang tahu bagaimana rasanya sakit bersalin. Ia seperti satu perjuangan anta hidup dan mati seseorang ibu.
Oleh sebab itulah jika seseorang wanita meninggal semasa bersalin dikira sebagai syahid. Kesakitan yang dialami ketika bersalin merupakan lumrah yang tidak dapat dielakkan. Sebagai umat Islam, anggaplah kesakitan ketika bersalin itu sebagai kafarah dosa.
Para ibu yang hamil biasanya tertanya-tanya apakah ada cara untuk melancarkan proses bersalin agar kesakitan yang ditanggung tidak lama. Jawapannya ialah YA.
Kita sememangnya perlu untuk berusaha mencari maklumat dan berkongsi pengalaman bersalin agar dapat dijadikan panduan dan pengajaran antara satu sama lain. Setiap kelahiran adalah berbeza proses bersalin yang akan dilalui walaupun sudah mempunya ramai anak.
Berikut merupakan beberapa usaha yang boleh diaplikasi semasa hamil dan semasa proses bersalin untuk membantu melancarkan proses bersalin:

Banyakkan membaca buku & menimba ilmu

1. Menimba pengetahuan
Kajian dan tinjauan harus dibuat semasa hamil. Rajin-rajinkan mulut bertanya pengalaman bersalin orang sekeliling sama ada kawan sepejabat, saudara mara, mahupun jiran tetangga. Mereka pasti teruja untuk menceritakan pengalaman masing-masing di samping memberi nasihat yang berguna kepada anda kelak. Ibu hamil juga perlu meluaskan pengetahuan melalui pembacaan. Belilah buku yang berkaitan kehamilan dan bersalin sebagai langkah awal untuk mendapat sedikit gambaran tentang perjalanan seorang ibu hamil hingga melahirkan bayi. Ikutilah juga kelas antenatal yang dianjurkan di mana-mana pusat kesihatan. Ianya percuma sahaja di hospital kerajaan.

Dekatkan diri kepada Allah

2. Persediaan mental dan rohani
Ibu perlu yakin terhadap kemampuan diri sendiri. Jadilah seorang yang berfikiran positif. Fikirkan bahawa jika wanita lain boleh melakukannya, mengapa anda tidak? Apabila anda yakin, secara tidak langsung akan menaikkan semangat anda. Bersabar dan bertawakal merupakan kunci utama kepada kejayaan seseorang. Sentiasalah berdoa agar dipermudahkan proses sebelum, semasa, dan selepas bersalin.

Mengandung bukan satu alasan tidak bersenam

3. Persediaan fizikal
Ibu hamil mesti menjaga kesihatan agar sihat tubuh badan. Otot-otot sendi yang kuat dan mantap akan membantu melancarkan proses bersalin. Hindari aktiviti yang boleh memudaratkan dan mendapat jangkitan. Elakkan daripada mendapat selsema dan batuk. Sekiranya terjangkit, segeralah mencari penawar agar sistem dalam badan tidak terganggu terlalu lama. Sentiasalah bersenam dan mengambil diet yang seimbang supaya badan cergas.

Tarik nafas dalam-dalam

4. Menenangkan diri
Walaupun sakit, ibu harus berusaha untuk bertenang. Ungkapkanlah zikir dan selawat sebagai penambah semangat di samping mengurangkan sakit yang ditanggung. Ketika ini, sokongan moral daripada suami sangat membantu terutamanya di saat kelahiran. Mintalah ampun kepada suami dan kedua orang tua sebelum bersalin. Amalkan teknik pernafasan yang betul semasa ingin bersalin. Kebiasaannya, kakitangan hospital akan membantu ibu-ibu semasa proses bersalin berjalan.


Makan makanan yang berkhasiat

5. Alas perut
Melahirkan anak bakal memerlukan tenaga yang banyak. Kekurangan tenaga akan menyukarkan atau melambatkan proses bersalin. Alaslah perut anda sebelum dibawa ke bilik bersalin. Makanlah sesuatu walaupun anda tidak berselera kerana menahan sakit. Jangan biarkan perut kosong. Sekurang-kurangnya makanlah sebuku roti atau beberapa keping biskut sebagai alas perut


Minyak kelapa dara, bukan buah kelapa muda!

6. Minyak kelapa dara
Minyak kelapa dara atau lebih dikenali sebagai VCO (virgin coconut oil) adalah salah satu petua bagi membantu proses bersalin. Ia juga merupakan antiviral yang boleh melawan jangkitan. Minyak kelapa dara boleh diminum atau diambil dalam bentuk kapsul. Ada juga yang mengambil langkah dengan menyapu minyak kelapa dara di bahagia perineum untuk mengelakkan koyakan semasa bersalin. Pengambilan minyak kelapa dara sepanjang kehamilan dipercayai akan menunjukkan kesan yang menakjubkan.

Susah nak cari telur ayam kampung
 7. Telur ayam kampung
Telur ayam kampung sememangnya sinonim dengan pemulihan tenaga. Menurut petua orang lama, pengambilan telur ayam kampung bersama air milo sangat membantu semasa proses bersalin terutamanya semasa meneran. Ambil sebutir telur ayam kampung mentah dan pecahkan ke dalam secawan air milo. Kacau kemudian diminum sebelum anda pergi ke hospital setelah tanda-tanda hendak bersalin kelihatan. InsyaAllah ianya akan membantu dalam proses bersalin anda. Telur ayam kampung juga boleh diambil sepanjang kehamilan dalam bentuk separuh masak.


Biasa-biasakan makan sayur bendi

8. Bendi
Sayur bendi terdiri daripada 90% air dan kaya dengan kandungan kalsium. Sayur yang berlendir ini bukan sahaja dapat membantu dalam proses bersalin, malahan ia juga turut menjadi penawar kepada sembelit, diabetis, dan jaundis. Bendi boleh dimakan dalam pelbagai cara termasuklah sebagai ulam, ditumis, dimasak bersama ikan dan sebagainya. Ibu hamil yang mempunyai masalah buasir juga boleh mengamalkan makan bendi supaya tiada masalah yang timbul semasa bersalin nanti.


Sebelum minum air zam-zam, selawat dulu

9. Kurma dan air zam zam
Makanan dan minuman dari tanah arab ini sering disebut-sebut sebagai makanan tambahan ataupun penawar kepada penyakit. Kurma adalah sejenis buah yang bakal memberikan tenaga segera. Ia pantas diproses dan diserap. Selain mengandungi karbohidrat, kurma juga terdiri daripada serat dan potassium.
Buah kurma amat baik untuk wanita mengandung kerana dapat memudahkan proses bersalin dan mengurangkan pengaliran darah semasa bersalin. Makan lah buah kurma sebanyak yang boleh semasa sedang sakit hendak bersalin sementara menunggu untuk masuk ke bilik bersalin. Minum air zam zam sebagai penghilang dahaga.
Kesimpulan
Demikianlah 9 cara yang boleh dicuba untuk membantu melancarkan proses bersalin. Ibu-ibu yang sedang hamil jagalah pemakanan anda dan pilihlah makanan dari sumber yang halal. Usah bimbang akan sakit bersalin kerana telah berjuta-juta wanita melalui proses kelahiran dengan selamat walaupun berkali-kali.
Sesungguhnya wanita memang diciptakan istimewa dengan kemampuan untuk mengandung dan melahirkan anak. Mudah-mudahan apa yang ibu-ibu sekalian usahakan dapat mengurangkan bebanan sakit hendak bersalin dan melancarkan proses bersalin. Kesemua kesakitan akan lenyap serta merta setelah keluarnya bayi comel dari rahim ibunya.
Tidakkah anda teruja wahai ibu hamil sekalian? Kuatkan semangat anda. Nikmati pahit manis perjalanan sebagai ibu hamil sehinggalah saatnya bayi anda dilahirkan anda akan merasai kegembiraan yang tidak terucap.
Semoga bermanfaat.

Thursday 10 July 2014

Perihal mengandung- BSP dan BP

Assalamuailaikum


Kejap je dah 13 ramadhan. Setakat nie alhamdulilah aku br 2 hari ponteng puasa heheheh itupun sebab aku batuk teruk..kalau tak mau penuh gak puasa aku. Bila mengandung nie baru la aku tau aku ada potensi nak kena darah tinggi ngan kencing manis walaupun sejarah family tak de penyakit nie. sob..sob..sob sedih tau. 

Awal triesmeter tekanan darah aku tak normal. Bacaan atas ok tapi bacaan bawah tak berapa cun asik 90 kebawah je. Bila tanya doktor klau bacaan atas tinggi maknanya aku ada hypertension macam aku ada tekanan ke ada masalah ker..kalau bacaan bawah tinggi makna sistem dalam aku tak berfungsi dengan baik. Tapi aku rasa sbb bacaan darah aku tak normal mungkin masa nie uri nak terbentuk jadi sistem dalam badan kena bekerja dengan lebih kuat. 

Bila doktor bagi penerangan pasal siptom-siptom darah tinggi aku jadi takut sebab aku boleh kena sawan dan baby terpaksa dikeluarkan tak kira bape minggu sebab boleh menyebabkan kematian. ishh takut...Start dari tau tue hubby asik suruh aku makan epal hijau siap blend buat air dan aku jadi pelanggan tetap klinik seminggu 3 kali dok ulang alik ambik bacaan tekanan darah.Sampai nurse kat klinik pun dah kenal aku. masuk jer triesmeter ke2 alhamdulilah tekanan darah aku kembali normal lega sungguh.

Bila kandungan dah 18 minggu aku kena minum air gula pulak sebab berat badan naik mendadak. nasib baik air gula perisa anggur. Masa minum aku rasa macam ok jer laju jer aku minum. Erm rupanya aku suspek GDM patut la laju jer aku minum. Orang lain minum terkulat-kulat nak habiskan. Aku siap tanya doktor apsal aku boleh ada GDM sebab family aku xde sorang pun kencing manis. Doktor bagitau aku mungkin sebab hormon mengandung selalunya lepas bersalin kencing manis tue akan hilang kecuali aku mengadung setiap tahun maknanya takde jarak kencing manis tue boleh kekal dalam badan aku. Ishh baru plan nak ngadung lagi taun depan heheheh.

Sejak dari tue aku pun start la buat BSP sendiri nasib baik klinik bagi pinjam semua alatan nak buat BSP kalau nak beli mahal gak. Jimat situ. masa nak cucuk jarum kat jari sendiri mengigil-gigil yelah seriau kan bila dah selalu buat erm pejam mata jer cucuk hehehee. Alhamdulilah setakat ni bacaan BSP aku paras normal Insya Allah 36 minggu sok jumpa pakar mungkin akan stop la buat BSP. Nasib baik la aku tak yah buat insulin yang bagi aku lagi seksa. Dan baby bagi kerjasama yang baik sebab berat tak melebihi berat yang ditetapkan. Good baby..

niela alat nak buat BSP
Buat ibu-ibu yang mengalami penyakit seperti aku jangan risau yang penting jaga pemakanan dan jangan asik pikir pasal penyakit tue. Waktu mengandung nielah kita kena fikir positif Insya Allah semuanya akan berjalan lancar.

Wednesday 9 July 2014

perihal mengandung- batuk

Assalamuailaikum..

Setakat nie dah 2 kali aku diserang batuk ketika hamil. Pertama kali aku kena batuk masa kandungan dah masuk 7 bulan..seksanya hanya Allah jer yang tahu dahla batuk siap ada pakej deman lagi. Akhirnya aku melepet selama seminggu. Dah la suami jauh nasib baik ada kengkawan yang baik hati tolong jaga aku. Bila kandungan dah besar jadi bila batuk automatik akan terkencing-kencing. Serius tak boleh nak control. Sampai basah kain aku kerap gak la aku bertukar kain.

Puas aku google cari penawar ilangkan batuk bagi ibu mengandung. Nak makan ubat batuk klinik memangla tidak bagi aku walaupun doktor cakap boleh tapi aku yang tak kopiden. Risau tau baby dalam perut kang overdos tido pulak. Bukan apa aku pernah gugur jadi kalau boleh kandungan yang kedua nie aku nak lebih berhati-hati. Setakat nie aku tak makan panadol atau ubat-ubat untuk melegakan sakit kecuali vitamin yang sememangnya orang mengandung akan makan.

Penawar yang aku dapat hasil daripada google ialah madu + lemon. Bagi aku memang terbaik. memang penawar semulajadi. Apa yang aku buat ialah aku hiris lemon dalam beberapa keping letak madu dalam 1 sudu dan tuang air panas. Leganya tekak tak usah cakap la. dalam Sehari tue aku buat 3 kali minum dan Alhamdulilah batuk aku makin kurang dan akhirnya hilang.

Bulan puasa nie pulak aku kena balik batuk tapi takde la teruk macam first time batuk. Waktu nie aku dah 34 minggu bayangkan setiap kali batuk baby mengeras..adoi sakit tau bila baby mengeras. Kali nie aku tak buat lemon+ madu tapi aku makan gula-gula strepsils nampaknya memang sesuai dengan aku. Alhamadulilah masuk hari ketiga batu aku makin surut. Yang tinggal cuma batuk manja-manja gitu.

Sekarang nie dah masuk 34 minggu harap sangat baby kuar selepas raya 38 minggu pun ok heheheh.

Tuesday 24 June 2014

Jom Kengkawan

Assalamuailaikum..





Buat kengkawan yang masih lagi mencari barangan baby jom kita terjah warehouse sale okbaby kat puchong...



Monday 16 June 2014

Tilam untuk baby

Assalamuailaikum...

Makin nak dekat tarikh due makin rasa cemas pulak. Tapi nak ikutkan aku masih ada lagi sebulan lebih sebelum baby kuar. Nerves gak bila tengok cite one minute baby born kat chanel 709 rasa macam ishh macam nie ke bersalin tapi bila baby dah kuar aku pulak yang rasa seronok siap nangis lagi huhuhuhu.


Bila nak dekat jadi mak nie rasa macam semua barang baby yang comel-comel nak beli. Rasa geram lak kenapa comel sangat barang baby nie. Masa pulak banyak dihabis kan survey kedai online barangan baby. Nasib baik la duit aku tak bergunung kalau tak kejap jer jadi tanah rata. Husband lak siap pesan jangan beli barang baby yang mengarut beli je lepas tue tak pakai. 

Tajuk bukan main lagi tilam baby tapi aku nie mengarut citer lain. Sekarang nie aku tengok tilam baby pun banyak yang comel-comel. Kebanyakan yang jual semuanya gunakan kekabu. Guna kekabu buat bantal atau tilam memang best  sebab sejuk jer bila tido lepas tue empuk lak. Tapi nak ikutkan kekabu memang mahal. Kat kg aku pun orang jual kekabu lost se kg RM20. Mahal kan tapi xleh nak nak buat apa la sebab kekabu pun sekarang susah nak dapat.

Aku pun start la survey ingat nak beli je set tilam yang dah siap memandangkan aku malas nak menyusahkan makcik aku untuk buat tilam baby. Antara kedai online yang aku survey yang aku ok la harga dia dengan design yang diaorg offer.

1. Set tilam baby (marissa bum bum)






Cantik kan . Aku suka betul dengan design dia namapak kemas jer jahitan lepas tue corak kain pun cantik dan super comel. Harga 1 set camni RM 200.00. Aku ada gak msg kat owner nie tanya kalau just buat tilam ngan bantal karipap berapa. Kakak tue bagi aku RM120.00. Kalau sesape berkenan boleh la cal ke atau msg owner sendiri 012-2354143.

2. Kekabu Online






Bagi aku consider murah gak berbanding online shop yang lain. yang bestnya kedai nie siap buat size tilam tinggal ko pilih jer ko nak saiz apa. Lepas tue tilam dia ada jahit lekuk-lekuk bagi mengelakkan bayi mengelosor kebawah ras aku lah. 


Hmm rasanya 2 kedai online bagi aku amat memuaskan hati dari segi design ngan harga ada gak survey yang lain tapi macam mahal sangat lepas tue design pun tak berapa cantik. Tapi aku survey je beli nya tidak la sebab makcik aku nak buat gak buat tilam untuk baby. Aku apa lagi suka la sebab makcik aku setiap kali ada jer anak buah dia dapat baby baru mesti dia bagi set tilam baby homemade/ Contoh macam tilam baby adik aku nie.Bagi aku cantik,selesa,besar dan yang penting homemade.





Sunday 15 June 2014

Perihal mengandung-Set untuk berpantang

Assalamuailaikum....

Alhamdulillah dah nak masuk 31 minggu usia kandungan. Sekejap jer rasa masa berlalu. Sekarang nie aku dok kalut survey barang untuk berpantang. Sekarang nie banyak je brand untuk berpantang cuma sediakan duit sahaja. Ada yang mahal ada gak yang murah jadi pilih lah yang mana sesuai dan bertepatan ngan budget. 

1. Set Nona Roguy


harga untuk satu set RM360.00. Bagi aku produk nie mahal gak. Tapi member opis aku cakap produk nie bagus untuk berpantang terutamanya tablet pytol natal sebab lepas kita pantang ramai ibu yang banyak hadapi masalah sembelit. tablet nie memang membantu melawaskan pembuangan air besar. 

2.  Set Sendayu Tinggi


RM386.00

3. Set Tanamera


RM 350.00 tak tau la kalau ada yang murah lagi. produk nie banyak gak dapat review yang best macam Minyak VCO yang boleh pakai sebelum bersalin buat urutan perineum untuk mengelakkan koyakan yang banyak ketika melahirkan anak. Aku macam tertarik je dengan urutan perineum ishh takut gak kalau terkoyak sampai bontot.

4.  Set bersalin Anugerah

RM 199.00 nie harga kat web la tapi aku rasa kalau beli kat kedai boleh dapat kurang lagi kot. Aku ada gak baca review pasal produk nie kebanyakan review mengatakan produk nie wangi takdela sangat bau herba yang melampau. 




5. Set Mak Dara

RM 360.00 nie pun harga kat web. 



5 set bersalin nie yang aku rasa macam ok. Tapi aku lebih berminat dengan set bersalin Anugerah ngan minyak VCO Tanamera. Aku belum lagi survey dekat kedai jamu mana tau dapat lagi murah tapi kena gak tengok takut terbeli yang bukan original merana badan.Jadi pilihan di atas tangan memasing kalau ada budget lebih boleh jer gunakan set bersalin yang mahal untuk badan sendiri juga kan.


















































Wednesday 4 June 2014

Perihal mengandung....

Assalamuailaikum...

Lamanya tak update blog..selepas bagitau kat blog yang aku mengandung balik terus tak update. Sebabnya aku mengalami alahan yang teruk dan juga menyampah tengok blog sendiri..sob..sob..tapi aku still gak jenguk blog kengkawan yang lain walaupun tak tinggal jejak..

Alhamdulilah kandungan aku dah masuk trimister ke-3..cepat tul masa berlalu rasanya baru je semalam aku alami morning sicknes yang teruk..dan sehingga sekarang nie aku masih PJJ dengan husband oh sedihnya tapi nak buat camana itulah ujian aku. Serius tak seronok betul bila pregnant berjauhan dengan husband sendiri jadi pada kengkawan yang lain bersyukurlah dapat duduk sebumbung tido sebantal ngan husband sendiri.

Trismeter Pertama

Masa nie alahan memang teruk..gosok gigi je muntah sampai takut bila time nak gosok gigi. lepas tue pulak asik nak gaduh je ngan husband pantang salah sikit mula la aku nak menyinga garang tau masa nie.Lepas tue peel yang pelik ialah aku tak suka jumpa orang dan cakap ngan orang. Hanya orang tertentu je aku boleh cakap. Sampai ada yang kecik hati ngan aku. teruk betul pembawakan aku. Lagi satu masa checkup pregnant aku ada darah tinggi.Masa sebelum mengandung aku memang takde darah tinggi rupanya hormon takpe la pasal u anak mummy rela  berulang alik  ke klinik seminggu 3 kali untuk amik bacaan darah tinggi. Bila nurse terang pasal bahayanya darah tinggi terus aku jadi takut. Berkoyan-koyanlah aku makan epal hijau untuk turunkan bacaan darah tinggi. Lagi satu yang aku rasa ialah selera makan memang kurang. Perut rasa lapar tapi bila mengadap makanan tak lalu. Sampai nangis sebab tak leh makan. Sedih tul

Trismeter Kedua

Bila masuk je trismeter kedua aku rasa nikmatnya mengandung sebab alahan dah takde dan paling mengejutkan bacaan darah tinggi aku kembali normal. Dan paling seronok perasaan menyampah nak jumpa dan cakap ngan orang dah ilang. Back to normal. Gerakan baby aku dapat rasa masa minggu ke16. Memula macam terkejut juga tetiba rasa macam ada orang jentik halus kat perut ingat angin. tapi makin galak lak aku rasa macam ada orang berenang dalam perut.. rupaya aku dah dapat rasa pergerakan baby..seronoknya.


Alhamdulilah sekarang nie dah masuk 29 minggu walaupun aku masa mengandung nie pernah deman sampai tak leh nak bangun yela duduk sensorang sape la nak tolong..sobs..sobs..nasib baik tangan nie masih kuat untuk cal kengkawan minta pertolongan. Alhamdulilah kawan aku sudi jaga aku time aku deman.. sian kat hubby sampai susah hati nak balik jumpa aku tapi aku tak bagi balik sebab hospital dia audit kesian pulak. bagi aku selagi aku mampu untuk uruskan diri sendiri selagi tue aku tak nak menyusahkan orang cuma aku harap pada kengkawan bloh doakan aku supaya aku kuat untuk tempuh ujian dari Allah.