Wednesday, 10 December 2014

i'm back

assalamuailaikum...

fuh lamanya tak update blog. lepas bersalin terus macam tak de mood nak update. Hidup semenjak ada anak nie betul-betul berubah 360 darjah. Tapi aku rasa bahagia walaupun rutin hidup aku dah banyak berubah.

Aku dah tak pjj dah dengan husband lagi yeaaa... rasa baru lah lengkap hidup berkeluarga. Setahun lebih gak la aku dok pjj ngan husband. Tapi aturan Allah maha hebat, elok je aku bersalin dalam bulan 8, bulan 9 aku dapat tukar ke kedah. Perasaan masa tue tak tau nak cakap gembira sesangat tapi dalam masa yang sama aku sedih nak tinggalkan Putrajaya nak lagi rumah aku kat presint 5. Sayang nak tinggal kan rumah tue sebab dah lah besar, angin kuat, mengadap picc nampak ERL syok ddk situ. tapi nak buat camana family first kan.

First dapat baby dengan pengalaman tak banyak. Dahlah aku kena czer jadi pergerakan amatlah terbatas. Tapi bila kita dah jadi ibu otomatik semangat nak jaga anak sendiri datang hehehe. Pengalaman masa jaga anak dalam pantang adalah satu pengalaman yang amat berharga masa tuelah aku terfikir macam nie lah agaknya mak aku jaga aku waktu baby. Kesian kat mak tapi mak tak pernah merungut atau mengungkit masa aku degil tak dengar cakap mak.

Baby aku bila malam suka lah buat perangai menangis nonstop macam kena cubit. aku banyak hari juga lah tak dapat tido malam.Sampai aku jadi fobia bila malam menjelang. Setiapkali nak tido mesti aku pasang azan dengan ayat suci Al-quran. baru lah baby aku tenang sikit tak nangis. Bila baby nangis nonstop dengan badan aku letih naik angin juga aku. nasib baik ada suami kalau tidak tak tau la nak camana. Masa nielah aku belajar menjadi lebih sabar. betul la cakap orang anak adalah ujian bagi kita. 

Sekarang nie aku rasa seronok sangat tengok perkembangan baby dari masa kesemasa. Bila kerja rasa rindu sangat kat baby. Rindu nak tengok dia gelak rindu nak tengok dia nangis. Terima Kasih Ya Allah atas kurniaan yang amat bernilai ini.

Hanna Nadheera mama sayang kat hanna


3 comments:

Nursaila Norman said...

baby saila pun nangis bila nak dekat maghrib tp tido malam OK. sampai la dah beberapa hari nangis dia tahap kritikal..berubat dgn org biasa2 elok sikit. tp dtg blk sampai pandang 1 tmpt, x boleh jd cari ustaz yg blh buat alhamdulillah 3 kali berubat jgk lah bru ok sepenuhnya alhamdulillah. huhuhu! anak, anak.. hehe

Perantau.. said...

Akak..sy tgk prev post akak psl fresh flower..akak bole bg contact x?..wassap sy kak 0194546810.. Timekasih

Perantau.. said...

Akak..sy tgk prev post akak psl fresh flower..akak bole bg contact x?..wassap sy kak 0194546810.. Timekasih