Sunday 22 December 2013

Alhamdulillah...hadiah paling bermakna

Assalamuailaikum...

Alhamdulillah...hadiah paling bermakna untuk aku dan suami..Alhamdulillah aku diberi peluang untu rasai kembali..Ya Allah lindungi lah dia..dan kengkawan tolong doakan kesihatan dia

Thursday 19 December 2013

Pilihan Yang Ada Sekarang

Assalamuailaikum


Aku sebagai rakyat marhaen yang cuma makan gaji cukup bulan duit gaji pun habis. Yang mampu angankan rumah yang selesa hidup yang tidak terbeban dengan hutang. Bukan aku tak bersyukur tapi kekadang aku terpikir, aku jadi geram aku jadi meluat dengan keadaan sekarang. Kenaikan yang mendadak dengan alasan yang aku rasa macam budak sekolah rendah. Mengidam rumah yang selesa tapi bila tengok harga aku laki bini boleh pengsan. Nasib baik aku cuma berdua lagi bagaimana pulak mereka yang bertiga berempat dan seterusnya. Mau pening kepala memikirkan keperluan anak-anak. Terpaksa lah mencari alternatif untuk meningkatkan taraf hidup sehingga tergangu hubungan mesra kekeluargaan.Nak tunggu PRU yang akan datang aku pun tak tau nak undi sape. Rasanya tak de pilihan.



Wednesday 18 December 2013

Testing Kufti

Assalamuailaikum


Sekarang kan tengah fonemena khat kufti. Termasuk la aku yang terkena fonemena khat kufti nie.Setelah trial and error akhirnya inilah baby first khat kufti aku. Serius aku jadi addict lak buat benda nie





Tuesday 10 December 2013

Kalau dah rezeki

Assalamuailaikum..

Sekarang nie tengah panas pasal perkahwinan Rozita Che Wan yang dikatakan berbelanja berjuta-juta. Sampai pendakwah bebas pun tegur pasal belanja kawen dia. 

Bagi aku la walaupun dia Janda tapi rezeki dia nie lebih hebat dari anak dara. Yela dapat kawen ngan lelaki bujang muda lak tue kacukan lagi. Kawen pulak ramai orang nak taja. Memang rezeki Che ta murah la.

Kalau dia mampu apa salahnya. Kalau aku kat tempat dia pun aku seronok. Sape tak nak pakai emas dari habib jewel yang mengerlip tue kan. Baju pulak kebabom majlis lak grand dan cantik. Sape tak mau kan? Itula rezeki orang. Jom layan gambar berinai che ta...memang cantik che ta nie

orang dah elok pakai apa pun elok

menangis tengok crown che ta memang lawa

tengok baju tue menangis lagi huhuhu
Bila tengok majlis nie rasa macam nak kawen balik lak..huhuhu


Pic: credit to tambah kicap








Monday 9 December 2013

JJCM: Umai Cafe Putrajaya

Assalamuailaikum...

Sebenarnya aku pun baru tau pasai Umai cafe nie. Itupun sebab abg ipar aku bagitau kalau tak sampai bila-bila aku tak tau yang kat putrajaya ada Umai cafe. 

Lepas abg ipar aku bagitau terus aku google ok gak menu dia dan harga pun takde la mahal sangat. Paham-paham la putrajaya nie kebanyakan cafe memang agak mahal sikit lelagi view dia tepi tasik. 

Direction nak ke Umai cafe nie senang je bagi orang putrajaya dan mungkin susah gak bagi orang luar putrajaya. Nie aku amik map dari blog  Umai Cafe sendiri


Alamak kecik lak map nie tak pe aku bagi mercu tanda kat situ. Umai cafe nie terletak di Bangunan Anjung Alaf Baru, presint 2. Bangunan ini terletak diantara Masjid Sultan Mizan

(Masjid Besi) dan Monumen Alaf Baru. 


Cafe nie memang view dia cantik betul-betul mengadapa tasik. Boleh la feeling-feeling macam makan kat oversea..hehehehe


Masa nie aku amik meja luar sebab hubby aku merokok. Tapi ok gak boleh ngadap tasik kan. Menu yang ada kat cafe nie memang banyak dari masakan panas, kuih muih, kek termasuk gak western. Aku kalau pergi cafe nie aku suka order cucr udang naan pengat pisang. Cucur udang kat sini memang femes la sebab cicah ngan kuah kacang. 




Bila aku pergi jer cafe ramai jer orang. Walaupun servis dia gak slow sikit still ramai orang gak. mungkin view yang cantik kot. Kalau sesape yang nak pergi putrajaya boleh la terjah cafe nie.


Banana Boat bawa maut

Kanak-Kanak Meninggal Dunia Selepas Terjatuh Daripada 'Banana Boat'
PORT DICKSON: Seorang kanak-kanak berusia 30 bulan yang mendesak ayahnya membawa dia menaiki 'banana boat' ketika bercuti di Pantai Purnama dekat sini meninggal dunia akibat komplikasi selepas lemas akibat terjatuh ke dalam laut dalam insiden berkenaan.
Keluarganya yang tinggal di Pasir Panjang dekat sini, datang untuk berkelah di pantai popular berkenaan bersama-sama tiga anak mereka pada tengah hari Ahad.
Kanak-kanak berkenaan, Nur Hannan Humairah Mohd Hafrisham, kemudiannya memujuk ayahnya agar membawa dia menaiki 'banana boat'.
Ayah mangsa, yang bekerja di sebuah bank di Kuala Lumpur, akhirnya mengalah dan membawa kanak-kanak berkenaan bersama-sama tujuh yang lain untuk bermain 'banana boat'.
Dia telah memberitahu kepada pengusaha bot berkenaan agar tidak membawa botnya terlalu laju.
Bagaimanapun, ketika pengusaha tersebut hendak berpatah balik ke kawasan pantai, dia melakukan 'stunt' yang menyebabkan semua penumpang di atas 'banana boat' terjatuh ke dalam air.
Kanak-kanak lelaki itu hampir lemas namun berjaya diselamatkan selepas diberikan bantuan pernafasan dari mulut ke mulut.
Mangsa terus dikejarkan ke Hospital Port Dickson.
Dia kemudiannya dipindahkan ke Hospital Tuanku Ja'far di Seremban.
Bagaimanapun, keadaan bertambah teruk dan mangsa meninggal dunia tengah malam Ahad.

Credit to Mstar
Bila baca berita nie aku terus teringat yang aku pernah naik banana boat nie sekali jer. Itu pun awal bulan hari tue kat Teluk Batik. Aku memang fobia sikit bila tengok banana boat jatuh kan orang kat dalam air. Takut wei. Ingat lagi masa aku naik banana boat dia ada dua kali jatuh satu kat belah dalam satu lagi belah cetek. Aku pilih jatuh belah cetek sebab aku tak berani ambik risiko jatuh belah dalam sebab aku tau yang aku tak pandai berenang cuma pandai berendam. Masa naik banana boat aku memang seriau habis. Aku bila seriau mulalah nak terkencing. Masa kat atas banana boat tue aku boleh jerit nak kencing..nak kencing.. hahahaha malu giler bila ingat. Nasib baik aku tak terkencing kat atas banana boat kalau tak kopem kena maki ngan kawan aku. Bila boat tue lep dan terus jatuh kan kita orang aku rasa panik giler. Rasa macam aku dah lemas dengan tertelan air laut yang masin giler dengan nak naik ke atas..Betul-betul buat aku panik. Bila dah rasa selamat terus taubat nie lah kali pertama dan terakhir aku naik banana boat. Aku tak boleh sebab aku nie cepat panik. Aku memang tabik la pada mereka-mereka yang boleh naik banana boat berulang kali. 
Balik pada berita tadi.Kesian baby tue baru 30 bulan dah sampai ajal. Aku tak taula apa perasaan family baby tue. Mesti trauma. Kalau aku kat tempat diaorang kopem tgk banana boat pun aku trauma.




Wednesday 4 December 2013

December....

Assalamuailaikum...

Cepatnya masa berlalu..rasanya baru je kelam kabut menguruskan hal kahwin dan rasa macam baru jer kahwin..Rasa macam baru jer hidup bersama sebagai suami isteri walaupun aku dan hubby PJJ. 



Tengok tinggal bape minggu je genap setahun aku melayari rumahtangga. Ishh pening tau nak cari idea nak buat suprise untuk hubby.Sesape ada idea??? hehehhe


Tuesday 3 December 2013

Keguguran - Final

Assalamuailaikum..


Sambungan dari part 2.


Aku ingat lepas aku gugur dah lega. Tapi aku silap. Selepas MC pada 10.10.2013 aku dapat cuti sakit seminggu. Masa tue aku banyak terbaring dari berjalan sebab aku rasa lemah sesangat. nasib baik ada Hubby yang tolong masak yang sediakan air mandi aku yang tolong pakaikan stokin aku yang tolong picit badan aku. Masa tue aku rasa terharu sebab hubby aku tak pernah buat kerja-kerja macamtue. Serius lepas MC yang jaga aku cuma Hubby aku je.

Memadangkan raya haji dah dekat Hubby amik keputusan bawa aku balik kedah sambut raya haji kat sana. Aku pun tak kisahla sebab aku rasa badan aku sihat. Cuma yang aku pelik darah aku yang turun macam spotting je. Masa tue aku ingat normal la. Aku cuma patang makan dan pakai stoking je. Bab tungku ngan urut mmg aku tak buat lagi. Balik dari Kedah aku masih lagi bleeding. Sampai la masuk 2 minggu. Masa nie aku dah start risau aku pun google tentang MC. Aku jumpa satu forum nie memang aku rasa banyak membantu gak. Kebanyakkan yang aku baca yang darah MC nie cuma 2 minggu jer yang paling lama. Tapi aku dah lebih 2 minggu dan darah aku dah start warna brown macam darah lama.

Aku cuba tunggu seminggu lagi dengan harapan darah akan berhenti. Sehinggalah satu malam aku alami sakit perut yang xboleh aku nak ceritakan kat sini. Aku rasa rahim aku macam bengkak dan aku xboleh langsung tegak kan badan. hubby aku terus pecut pergi ke kecemasan dan terus refer kat OnG. Masa tue aku dah tak boleh nak bercakap langsung sebab aku rasa macam peti suara aku ketat. Masa tue aku pikir aku nak mati jer. Doc ngan nurse terus cek dan aku dah tak sedar. 

Sedar- sedar je aku tengok dah pagi dan aku ada kat wad. tengok kat tangan ada drip. Aku cari gak hubby tapi takde.Tak lama tue doc pun masuk dan explain kat aku. Doc cakap kat rahim aku ada darah beku dan aku dah kena infection. Aku macam blur jap. Doc cakap lagi sekarang nie dia bagi rawatan antibiotik dan juga ubat untuk stopkan darah. Dalam pukul 9 pagi macam tue nurse datang masukkan ubat berhentikan darah melalui drip kat tangan. masuk je ubat benti darah terus aku rasa loya ngan sakit kepala.Fuh kuat tul ubat nie. Doc cakap aku kena duduk wad seminggu. Masuk hari ke dua darah aku dah stop. tapi aku macam pelikla kalau masuk kan ubat benti darah camana darah beku dalam rahim aku nak kuar. Tapi aku malas la nak tanya ngan doc sebab aku pikir doc tau apa yang diaorg buat. 

Alhamdulilah doc cakap aku tak deman dan doc pun tengok aku dah sihat. Dapat aku kuar wad cepat tak sampai seminggu duduk wad. Selepas 2 hari aku kuar wad darah aku turun balik. Aku pun macam apa hal turun balik nie. Aku pikir nak try urut lak. Aku pun pergi la urut kat bidan kat semenyih. Bidan pun urut la perut aku terus bidan cakap kat aku eh ada darah beku lagi nie. Aku cakap la kat bidan aku baru kuar wad. Bidan tue cakap patut cuci nie. Aku pun tak tau nak cakap camana. Bidan suruh aku tungku siap bagi aku batu untuk tungku. Balik tue hubby terus tungku perut aku. Barulah rasa lega tapi aku still bleeding. 

Masuk 3 minggu lebih aku masih bleeding sampai aku tak tau nak buat camana. Ubat dah habis makan tetiap malam aku bertungku tapi darah masih lagi kuar. Masuk sebulan lebih aku masih lagi bleeding dan aku dah stop tungku. Hampir setiap malam aku menangis kenapa la darah aku tak berhenti.  Mesti korang tertanya asal aku tak pegi hospital balik. Bukan aku tak mau pegi tapi aku jadi macam malas nak pegi sebab aku tak rasa sakit cuma bleeding jer. Kalau aku pegi hospital kopem kena tahan dah la hubby aku takde dah start keje. Aku pikir sape yang nak tolong uruskan aku.. Susah wei kalau laki bini PJJ nie banyak kena pikir.

Aku pikir agaknya darah beku tue kuar takpela biar dia habis kuar. Masuk sebulan lebih darah masih tak berhenti. Dari warna brown tukar ke fresh blood. Dah jadi macam darah period sampai aku jadi konpius aku period ke. Serius wei aku jadi macam tak tentu hala. Sampai aku jadi down sampai nangi-nangis bila aku cerita kat membe aku. Bayangkan dah la hubby jauh jadi emosi aku lagi tak stabil. Sehingga lah satu petang tue aku ras macam ada besar turun dari perut aku Bulp bunyi kat perut aku. Terus aku masuk toilet tgk macam benda putih bersalut darah. korang tau tak kalau kita siang ikan darat dalam perut ikan tue kan ada macam pelampong warna putih sebijik la macam tue cuma ada salut darah. terus aku pikir agaknya benda nie yang menyebabkan aku  bleeding. Terus aku msg kawan aku yang keje nurse tunjuk benda tue. Mengucap aku bila kawan aku cakpa tue kantung baby. Ya Allah lama nya aku merana disebabkan kecuaian doc. Kenapa doc tak bersihkan betul-betul. tapi Alhamdulilah walaupun aku bleeding tapi aku tak deman aku tak kena infection darah yang boleh membawa maut. Masa tue baru aku terpikir mungkin ini ujian untuk aku dan aku kena redha.

Selepasa kejadian tue terus bleeding aku stop. Rasa nak nangis bila tgk kat panties dah takde darah. Dah lama tak rasa keadaan macam tue. Aku pulak macam trauma kalau aku rasa lain macam kat tut terus aku berlari pergi toilet takut aku bleeding. Alhamdulilah dah tak de. Kekadang bila dah sihat nie aku terpikir pasal benda nie. Dulu aku sibuk nak ngandung sampai aku jadi susah hati apsal aku tak ngandung lagi. Bila aku ignore pasal ngadung aku banyak lebih relax Allah makbul kan doa aku. Sampai Allha bagi tanda kat aku pun boleh aku tak perasan. Tanda yang aku dapat sebelum aku ngandung aku mimpi buat UPT lepas tue tanda aku makan asam macam orang tak pernah makan. Tapi still tak boleh sedar yang diri aku nie dah ngandung. Tak pelah mungkin ini bukan rezeki aku. Insya Allah akan digantikan dengan lebih baik.

Sekarang aku akan jadi lebih relax tanpa memikir pasal baby. Pasal apasal aku boleh gugur. aku tak nak memberatkan emosi aku kerana aku sedar not good for me. Pada kengkawan yang pernah keguguran dan juga masih menanti cahaya mata enjoy ur life. Jangan beratkan emosi dan sentiasa bersangka baik pada Allah. Insya Allah semua nya akan baik-baik belaka. 





Tuesday 26 November 2013

Keguguran Part 2

Assalamuailaikum..

Baru dapat update..selepas aku tahu yang aku mengandung aku masih mengalami spotting.Aku google kenapa aku spotting sepatutnya spotting hanya berlaku 3 hari sahaja mengikut bacaan aku la tp nie dah masuk seminggu. Aku mula risau. Aku amik keputusan untuk cek di klinik private.doktor scan tapi tak nampak cuma rahim dah start kembang. bila doc cakap macam tue aku start panik. Doktor cakap kemungkinan theartern abortion Ya Allah rasa nak nangis masa tue dah la suami jauh lagilah sedih. Doktor suggest aku makan asid folic dan bedrest.

Aku cuba positifkan diri selalu la aku berintereaksi ngan baby dalam perut aku nie. Sambil cakap kat perut sambil nangis. Masa tue aku memang harap hubby aku berada di samping aku. 2 hari selepas tue bukan lagi spotting tapi blood fresh.Takutnya aku masa tue. Aku baring usap perut sambil zikir Ya Rahim. Aku call hubby aku minta dia cuti sebab takut jadi apa-apa kat aku. Hubby suruh aku pergi hospital esok pagi. Alhamdullilah walaupun turun fresh blood tapi aku tak alami sakit perut.

Pepagi lagi aku dah terpacak kat kecemasan Hospital Putrajaya. Jumpa je doktor aku cerita pasal apa yang terjadi kat aku. Doc scan dia kata xnampak. Dia srh aku bt urine test. Doc cakap kopem aku ngadung. Dia refer aku kat wad OnG. Sampai kat wad OnG tukar kain hospital tunggu Doc jap. Datang nurse suruh aku baring. Nasib baik doc pompuan india. Kalau laki kopem malu aku. Doc suruh aku kangkang terus selak kain aku sampai kat punggung terkejut aku rasa macam nak kena rogol hahahaha. Doc tgk muka aku macam tak puas hati kot terus dia cakap sorry yea prosedur memang macam nie. Memula tah apa yang dibuat kat tuttt aku cuma dia tak kasi aku keras kan badan dan relax. Memula aku keras gak ambik ko sakit. Aku cuba relax baru tak sakit cuma tak selesa la. Lepas tue doc amik Rod untuk buat ultrasound. Rod tue dia balut ngan kondom letak gel lepas tue dia masuk kat tutt aku memang tak selesa sungguh. Doc pun terangla kat aku dia kata janin xnampak tapi rahim dah kembang. Dia nak buat ujian darah HSG tengok sama ada kandungan ok ke tak. kalau start bleeding penuh satu pad cepat-cepat datang hospital. Aku masa nie macam dah pasrah bahawa aku akan kehilangan kandungan aku. Rasa macam betul-betul kosong. aku drive balik tengok-tengok hubby dah ada kat rumah. Nampak je hubby terus menangis rasa beban kat bahu terlepas. hubby pujuklah walaupun apa terjadi kita kena redha. barulah rasa macam semangat sikit.

Malam tue masa nak tido Hubby tegur tengok darah kat atas tilam. Terus aku pucat sebab aku tengok dah banyak serius aku tak sedar sebab aku tak sakit perut.  Terus aku ngan Hubby pecut ke kecemasan . Jumpa jer doc terus kena pergi OnG. Salin kain hospital tunggu doc. Datang je Doc tanya la mengandung dah bape lama dan ada ler lagi soklan yang aku dah lupa hehehe. aku pun baring dan kangkang aku pun lembut kan dan relax sebab dah ada pengalaman sebelum nie kan. Aku tengok doc amik barang hak besar lepas tue hak kecil aku pun tak pasti apa barang tue. yang aku rasa macam rasa perit sikit kat tut aku. Lepas tue aku dengar macam dia pusing skru macam bertukang pun ada. Dalam kepala aku dah takut gila. Doc suruh aku batuk tapi aku macam takut la doc suruh kuat sikit terus doc cakap ok dah. Dia bawa keluar macam hati ayam dan tunjuk kat aku. " Ok, nie janin u yang tak jadi, kiranya awak dah complete MC." aku pandang je daging yang macam hati ayam terus rasa sebak. lepas selesai je nurse cucuk aku kecutkan rahim kat peha masa tue perut aku dh rasa rengat.  Doc suruh tunggu sejam nak tgk perkembangan. Cukup sejam cek darah tengok tekanan darah aku tinggi tunggu lagi sejam. Lama gila bayangkan dari pukul 11 malam sampai 4 pagi. Sian hubby aku tunggu kat luar. Lepas doc puas hati baru aku blh balik amik ubat ngan MC seminggu terus rasa lapar. Ajak hubby pergi makan dulu baru balik. Sampai rumah terus tak sedar diri tido sampai petang.

Aku ingat lepas aku dah selesai gugur boleh la lega. Rupa-rupanya Allah nak uji aku. Sampai aku ingat aku nak mati. nanti aku sambung lagi dah panjang sangat nie.


Sunday 20 October 2013

Keguguran- part 1

Assalamuailaikum...

huh mesti terkejut tetiba keluar citer pasal gugur..
Alhamdulilah akhirnya aku pregnant sebelum usia perkahwinan aku menjejaki setahun. 
Sebenarnya aku tak tahu pun aku dah pregnant..cuma yang aku tau aku lewat datang period.
Walaupun dah lewat tapi aku masih belum syak yang aku dah pregnant.

Sehingga la satu hari ada spotting di panties aku..aku ingat aku period.aku siap pakai pad.
terus cal laki aku cakap yang aku period.hehehe laki aku mcm frust gak la
aku pun macam biasa je la sehingga la aku mandi eh asal bersih je pad aku..
aku pun jadi konpius..dan dan aku teringat pasal spotting di awal pregnancy..
aku syak yang aku pregnant tapi masih dalam keadaan tak percaya.
aku asik tanya kat diri aku aku pregnant ke? betul ke? hahahaha saiko giler

Disebab kan aku tak buat UPT sendiri dan rasa diri aku saiko.aku amik keputusan g klinik
biar doktor putuskan.
masa kat klinik aku cerita yang aku spoting dah 2 hari..
memula doktor cakap kemungkinan hormon aku tak betul
bila dia cakap macam tue aku tak puas hati la
aku cakap ngan doktor aku period tak pernah jadi camnie
doktor srh aku buat ujian air kencing
dan ternyata positif tapi kan doktor suspek aku  ngandung
sbb garisan kedua tue kabur..
masa dengar tue aku jadi macam konpius nagndung ke tak nie..
doktor nie suka aku jadi saiko kot

balik dari klinik aku terus g watson beli upt 
sampai dua aku beli biar puas hati
malam tue aku tido dengan xlena nya 
sebab eksaited nak upt
kul 4.30 cecepat aku g toilet buat test
memula mcm hampa jer sebab tak naik pun 2line
dalam 2 mimit gitu br naik line
mas tue jantung berdebar gila
eh betul ke..macam tak caya je
terus msg husband
punya la rasa seronok...
husband pun macam tak percaya
rezeki yang tak diduga kan
perasaan jadi berbaur la



ermmm line xbape nak terang..tapi aku yakin aku pregnant
walaupun gembira tapi aku masih susah hati
sebab spoting masih ada walaupun tak sakit tapi merisaukan aku
nak ikut kan pengiraan aku maknanya aku dah ngandung 6 minggu..
macam tak percayakan
masuk hari keempat setelah aku tau aku pregnant spotting masih ada
dan situ bermulanya ancaman keguguran
sob..sob..sob

sambung ye nanti









Tuesday 24 September 2013

BFF

Assalamuailaikum...

Akhirnya dapat juga aku tranfer gambar dari hp ke pc..geram betul bila kabel hp nie ilang susah nak update blog bila takde gambar rasa macam tak best je..hari tue aku ada post pasal aku geram ngan sikap manusia yang terlalu bz menyibuk hal aku laki bini..sampai aku rasa tertekan sesangat..dah la laki aku jauh kat kedah nak ngadu melalui phone macam tak puas je ..bila tak puas ngadu aku bantai teriak sensorang sadis sungguh..

Tapi sekarang aku rasa aku boleh handle tekanan aku..aku cuba bersikap positif aku jadi letih bila aku melayan perangai manusia gila yang takder life..baik aku tumpukan pada kerja dan juga kengkawan yang sentiasa bersama aku disaat susah senang...itu lebih indah..

Cerita pasal kengkawan yang boleh dikatakan BFF, aku rasa aku bersyukur dikurniakan kengkawan yang aku kenal semenjak aku sekolah menengah..sampai la ke harini kita orang still close walaupun masing-masing dah punyai kehidupan sendiri..eh jangan la pula kata aku tak de family nak tolong aku..ada family aku tapi family aku kan jauh jadi bila family dah jauh hanya tinggal kengkawan yang duduk berdekatan jadi kengkawan la jadi tempat mengadu.

Di sebabkan besday aku jatuh pada 29/9 nie dan kebayakkan kengkawan aku xde kat sini..jadi kitaorang plan sambut besday aku lebih awal..oooo sungguh terharu ada juga orag nak sambut besday aku.heheheh..memula plan nak makan steamboat dekat Rahman Palace steamboat dekat ampang sana tapi tutup pulak sebab ada wedding...jadi dok google la lagi kat mana area steamboat yang berhampiran ngan Ampang..last-last pilih Dagang Steamboat Dan Gril 



RM25.00 sekepala okla berpatutan dengan makanan janji ada ketam..hehehe..landmark restoran sebelah bank rakyat kat Ampang selepas taman dato razali..tapi yang tak bestnya restoran nie tak sop cuma ada tomyam je..lepas tue makanan tambahan cuma ada nasi goreng ngan bubur kaang jer tak berapa best..



nampak tak ketam tue...huhuhu tapi sayang tul ketam tue dah berbau terus ilang mood nak makan nasib baik kawan aku g komplen kata ketam dah berbau dan yang bagusnya restoran nie terus gantikan ketam yang fresh..baru seronok nak makan..









.


Alhamdulilah kenyang yang bestnya boleh lepak kat sini lelama dan yang penting ada surau. dan buat lagi best bila ada orang tolong bayarkan semua harga makanan..terima kasih kawan terharu sangat..

last seklai harus la gamba kek becoming besday yang kiut miut..thanks kengkawan kerana sudi menjadi sahabat terbaik buat aku..



Thursday 12 September 2013

Luahan Hati..

Assalamuailaikum...

Lamanya tak update blog nak lagi lepas kawen mood berblog terus ke laut..walaupun aku xupdate blog tak bererti aku tak jenjalan kat blog kengkawan... ramai juga yang dah pregnant dah dapat anak pun ada..seronoknya...aku?? masih belum lagi diberikan rezeki untuk zuriat..Insya Allah aku percaya dengan aturanNya..Citer lepas kahwin nie aku masih lagi PJJ lagi ngan husband  seorang utara seorang di selatan..penat ulang alik tok sah lah cakap..memang penat giler..tapi lelama aku rasa dan macam imun lak..hehehe..

Senarnya aku nak buat luahan hati kat blog aku sendiri..Selain mengadu pada Allah..Aku rasa blog adalah medium paling bagus untuk aku luahkan apa yang ada pendam selama ini..aku senarnya tak paham la apa la sifat manusia yang sibuk jaga tepi kain orang..diaorang nie senarnya tak de life ke?? yang aku paling geram siap selidik lagi laki aku nie buat apa..datang jumpa aku banyak kali buat apa..siap syak-syak lagi yang laki aku jumpa aku selalu sebab laki aku dah benti keje...WTF...biarlah laki aku nak datang banyak kali jumpa aku bukannya laki aku minta duit kat diaorang pun...heran tul aku..lagi pun dah sah suka hati laki aku la nak datang banyak kali jumpa aku pun..nak duduk kat umah bape hari pun..geram tul aku

Yang bertambah geram tue diaorang siap add FB laki aku..perghhh hangin satu badan aku..apasal la diaorang nie..apa yang hebat sangat laki aku nie sampai macam tue sekali diaorang nak tau life aku laki bini...aku memang rasa meluat gile ngan budak opis aku nie...depan aku korang tak berani cakap yea..belakang bukan main lagi korang yea..tak pe sedekah lah pahala korang kat aku..aku suka jer..

lagi satu pasal anak..aku nie tak paham diaorang ingat anak tue boleh beli ke...ha aku nak ngadung sok kejap lagi aku pg kedai anakku...ingat macam tue ke..diaorang nie tak tau ke rezeki anak nie kat tangan Allah..sapela kita nie..kita nie cuma mampu berdoa dan berusaha....sape la yang dah kawin tak nak anak..kalau boleh semua orang nak bunting pelamin...tapi itu kan rezeki..paham tak rezeki??adoii aii perangai manusia nie kan..bila tak kahwin sibuk tanya bila lagi nak kawin..bila dah kawin sibuk tanya pasal anak..bila dah anak sibuk tanya pasal nak nambah anak...dugaan sungguh...

Aku paling bengkak siap ajar lagi macamana nak romen dapat anak..eii perlu ke...lepas tue cakap la laki aku nie tak hebat la..diaorang tau ke laki aku hebat ke tidak...pernah rasa ke??? panas tul hati aku..soal anak soal jodoh semua tue kan keje Allah..tak payah la kita dok pertikaikan asal aku tak ngadung...please la orang macam nie..jangan lah dok menyibuk hal rumah tangga orang..jaga lah kehidupan sendiri..




Thursday 2 May 2013

Ya Allah sungguh aku rindu


 Assalamuailaikum...

aku betul-betul rindu saat aku dinikahkan dengan orang yang aku sayangi..yang aku percaya boleh melindungi,menjaga dan juga boleh membawa aku ke syurga..
Ya Allah permudahkan aku untuk hidup bersama dengan suamiku supaya aku dapat menjalankan tugas ku sebagai isteri..Ya Allah kuat nya dugaan PJJ nie..kuatkan hatiku Ya Allah...sesungguhnya aku rindu Ya Allah












 

















Monday 29 April 2013

review photobook dari pixajoy

Assalamuailaikum...

hari nie aku nak review pasal photobook yang pernah aku cerita kata entry nie..bagi aku photobook nie amatla berbaloi dan rasa sangat puas hati dengan harga RM15 ringgit aku rasa amat berpatutan..walaupun photobook nie aku rasa macam majalah tapi dengan RM15 amat berpuas hati..dan yang penting aku rasa cantik lagi photobook nie dari album kawen aku hehehehehe







MEATBALL ABG BURN

Assalamuailakum..

Lamanya tak update blog kesian blog nie..semenjak tuan nya dah kawen terus terbiar blog..tak taulah penyakit MALAS teruk sangat melanda nak ikutkan suami jauh di mata boleh aje rajin nak update tapi  peyakit MALAS tak kenal sesiapa..

Kali nie nak cerita pasal MEATBALL abg burn yang dicanang tersangat lah sedap tue...asik tengok blog-blog lain dok promote pasal meatball nie sampai aku pun termimpi-mimpi nak rasa gak..Di sebabkan aku duduk berjauhan ngan suami terpaksa aku tunggu adik  aku Napi datang untuk teman aku makan meatball nie..sedih kan..nasib baik belum mengandung kalau tidak setiap hari dok sob sob kat laki ngadu nak makan meatball...hehehehe

puas gak aku gogle kat mana abang burn yang paling berdekatan dengan Putrajaya..rupanya byk gak abang burn nie dok jelajah satu MAlaysia..aku ngan adik aku pergilah cawangan abang burn dekat sungai ramal kajang fooodcourt..masa aku sampai tengok tak ramai pun beratur kat stall abang burn  cuma sate willy mak aii panjang beratur..

service memang ok kejap je aku dah dapat apa yang aku order..tapi aku nie gatal tengok sate willy ramai orang beratur nak juga beratur 




apa yang lidah aku rasa la meatball nie ok la cuma masin sikit la..walaupun cuma 9 biji jer tapi serius   mmg kenyang walaupun bila ko tengok macam rasa tak cukup je..bagi sesiapa yang belum rasa aku syorkan korang pergilah try sekurangnya kita tau mmg orang melayu yang buat..

sila la lawat abangburn kat situ blh la korang cek kat mana cawangan jelajah diaorg



Sunday 31 March 2013

ENTRY LEKAT

kengkawan jom tukar link

Nama:
Link:

i follow u
u follow me back

Sunday 17 March 2013

review:hantaran

Assalamuailaikum..

perhhh br boleh buat review pasal majlis sendiri..smlm br dapat album kahwin ngan cd kawin..barulah semangat nak review kan..

hari nie aku nak review hantaran both side sebab dua-dua aku yang buat...baru aku tau betapa pening dan gubah dua hantaran dua belah pihak sampai giveup jadinya...



suka sangat dengan botol M&M..comel sangat




 


both side




pihak lelaki
ishh sory la kalau pic tak tersusun..bagi hantaran belah pompuan aku guna bunga crepe paper ngan pearl..belah lelaki fresh flower...puas hati tgk hasil tangan sendiri

Wednesday 6 March 2013

Photobook yang murah dan ohsem

Assalamuailaikum..haii blog bersawang..
sian blog aku nie berabuk sebab tuan dia pemalas nak apdet..asik blogwalking jer..

Ramai gak B2B yang dah selamat menjadi isteri kepada suami yang tercinta..tahniah yea..semoga berkekalan hingga hujung nyawa..amin..

 aku nak citer pasal photobook yang aku rasa amat berbaloi untuk dimiliki.. sebab pixajoy tengah buat promosi photobook semurah RM10.00..berbaloikan..

Kepada exbride yang rasa banyak sangat gambar kawen yang tak habis dicuci oleh photographer boleh lah amik inisitif untuk dapatkan photobook nie..kita boleh pilih gambar yang kita rasa cun dan design sendiri..ohsem kan..

contoh album yang ada dekat pixajoy 




ohsem kan apa lagi g la terjah pixajoy..sharing is caring