Tuesday 3 December 2013

Keguguran - Final

Assalamuailaikum..


Sambungan dari part 2.


Aku ingat lepas aku gugur dah lega. Tapi aku silap. Selepas MC pada 10.10.2013 aku dapat cuti sakit seminggu. Masa tue aku banyak terbaring dari berjalan sebab aku rasa lemah sesangat. nasib baik ada Hubby yang tolong masak yang sediakan air mandi aku yang tolong pakaikan stokin aku yang tolong picit badan aku. Masa tue aku rasa terharu sebab hubby aku tak pernah buat kerja-kerja macamtue. Serius lepas MC yang jaga aku cuma Hubby aku je.

Memadangkan raya haji dah dekat Hubby amik keputusan bawa aku balik kedah sambut raya haji kat sana. Aku pun tak kisahla sebab aku rasa badan aku sihat. Cuma yang aku pelik darah aku yang turun macam spotting je. Masa tue aku ingat normal la. Aku cuma patang makan dan pakai stoking je. Bab tungku ngan urut mmg aku tak buat lagi. Balik dari Kedah aku masih lagi bleeding. Sampai la masuk 2 minggu. Masa nie aku dah start risau aku pun google tentang MC. Aku jumpa satu forum nie memang aku rasa banyak membantu gak. Kebanyakkan yang aku baca yang darah MC nie cuma 2 minggu jer yang paling lama. Tapi aku dah lebih 2 minggu dan darah aku dah start warna brown macam darah lama.

Aku cuba tunggu seminggu lagi dengan harapan darah akan berhenti. Sehinggalah satu malam aku alami sakit perut yang xboleh aku nak ceritakan kat sini. Aku rasa rahim aku macam bengkak dan aku xboleh langsung tegak kan badan. hubby aku terus pecut pergi ke kecemasan dan terus refer kat OnG. Masa tue aku dah tak boleh nak bercakap langsung sebab aku rasa macam peti suara aku ketat. Masa tue aku pikir aku nak mati jer. Doc ngan nurse terus cek dan aku dah tak sedar. 

Sedar- sedar je aku tengok dah pagi dan aku ada kat wad. tengok kat tangan ada drip. Aku cari gak hubby tapi takde.Tak lama tue doc pun masuk dan explain kat aku. Doc cakap kat rahim aku ada darah beku dan aku dah kena infection. Aku macam blur jap. Doc cakap lagi sekarang nie dia bagi rawatan antibiotik dan juga ubat untuk stopkan darah. Dalam pukul 9 pagi macam tue nurse datang masukkan ubat berhentikan darah melalui drip kat tangan. masuk je ubat benti darah terus aku rasa loya ngan sakit kepala.Fuh kuat tul ubat nie. Doc cakap aku kena duduk wad seminggu. Masuk hari ke dua darah aku dah stop. tapi aku macam pelikla kalau masuk kan ubat benti darah camana darah beku dalam rahim aku nak kuar. Tapi aku malas la nak tanya ngan doc sebab aku pikir doc tau apa yang diaorg buat. 

Alhamdulilah doc cakap aku tak deman dan doc pun tengok aku dah sihat. Dapat aku kuar wad cepat tak sampai seminggu duduk wad. Selepas 2 hari aku kuar wad darah aku turun balik. Aku pun macam apa hal turun balik nie. Aku pikir nak try urut lak. Aku pun pergi la urut kat bidan kat semenyih. Bidan pun urut la perut aku terus bidan cakap kat aku eh ada darah beku lagi nie. Aku cakap la kat bidan aku baru kuar wad. Bidan tue cakap patut cuci nie. Aku pun tak tau nak cakap camana. Bidan suruh aku tungku siap bagi aku batu untuk tungku. Balik tue hubby terus tungku perut aku. Barulah rasa lega tapi aku still bleeding. 

Masuk 3 minggu lebih aku masih bleeding sampai aku tak tau nak buat camana. Ubat dah habis makan tetiap malam aku bertungku tapi darah masih lagi kuar. Masuk sebulan lebih aku masih lagi bleeding dan aku dah stop tungku. Hampir setiap malam aku menangis kenapa la darah aku tak berhenti.  Mesti korang tertanya asal aku tak pegi hospital balik. Bukan aku tak mau pegi tapi aku jadi macam malas nak pegi sebab aku tak rasa sakit cuma bleeding jer. Kalau aku pegi hospital kopem kena tahan dah la hubby aku takde dah start keje. Aku pikir sape yang nak tolong uruskan aku.. Susah wei kalau laki bini PJJ nie banyak kena pikir.

Aku pikir agaknya darah beku tue kuar takpela biar dia habis kuar. Masuk sebulan lebih darah masih tak berhenti. Dari warna brown tukar ke fresh blood. Dah jadi macam darah period sampai aku jadi konpius aku period ke. Serius wei aku jadi macam tak tentu hala. Sampai aku jadi down sampai nangi-nangis bila aku cerita kat membe aku. Bayangkan dah la hubby jauh jadi emosi aku lagi tak stabil. Sehingga lah satu petang tue aku ras macam ada besar turun dari perut aku Bulp bunyi kat perut aku. Terus aku masuk toilet tgk macam benda putih bersalut darah. korang tau tak kalau kita siang ikan darat dalam perut ikan tue kan ada macam pelampong warna putih sebijik la macam tue cuma ada salut darah. terus aku pikir agaknya benda nie yang menyebabkan aku  bleeding. Terus aku msg kawan aku yang keje nurse tunjuk benda tue. Mengucap aku bila kawan aku cakpa tue kantung baby. Ya Allah lama nya aku merana disebabkan kecuaian doc. Kenapa doc tak bersihkan betul-betul. tapi Alhamdulilah walaupun aku bleeding tapi aku tak deman aku tak kena infection darah yang boleh membawa maut. Masa tue baru aku terpikir mungkin ini ujian untuk aku dan aku kena redha.

Selepasa kejadian tue terus bleeding aku stop. Rasa nak nangis bila tgk kat panties dah takde darah. Dah lama tak rasa keadaan macam tue. Aku pulak macam trauma kalau aku rasa lain macam kat tut terus aku berlari pergi toilet takut aku bleeding. Alhamdulilah dah tak de. Kekadang bila dah sihat nie aku terpikir pasal benda nie. Dulu aku sibuk nak ngandung sampai aku jadi susah hati apsal aku tak ngandung lagi. Bila aku ignore pasal ngadung aku banyak lebih relax Allah makbul kan doa aku. Sampai Allha bagi tanda kat aku pun boleh aku tak perasan. Tanda yang aku dapat sebelum aku ngandung aku mimpi buat UPT lepas tue tanda aku makan asam macam orang tak pernah makan. Tapi still tak boleh sedar yang diri aku nie dah ngandung. Tak pelah mungkin ini bukan rezeki aku. Insya Allah akan digantikan dengan lebih baik.

Sekarang aku akan jadi lebih relax tanpa memikir pasal baby. Pasal apasal aku boleh gugur. aku tak nak memberatkan emosi aku kerana aku sedar not good for me. Pada kengkawan yang pernah keguguran dan juga masih menanti cahaya mata enjoy ur life. Jangan beratkan emosi dan sentiasa bersangka baik pada Allah. Insya Allah semua nya akan baik-baik belaka. 





No comments: