Monday 21 December 2015

2015 to 2016

Assalamuailaikum...

lamanya tak update.Nak akhir Disember baru nak terhegeh nak update. Semenjak aktif kat IG langsung kurang nak menulis kat blog. Kesian blog nie dah serupa penunggu gua.

Sedar tak sedar setahun aku duduk di Alor Setar. Berbeza sungguh dengan kehidupan aku masa duduk sensorang kat Putrajaya. Lelagi sekarang nie aku masih lagi duduk bersama mentua. Nasib baik mentua baik dan anak aku pun dia tolong jaga. 

Duduk kat Alor Setar nie bagi aku amat berbeza ngan duduk di Putrajaya. Kos hidup memang rendah la berbanding Putrajaya. Tapi masa terasa gak ngan ekonomi yang tak stabil nie. Alor Setar bagi aku memang syurga makanan. Masakan dia kebanyakkan kena ngan selera aku. Jangan tak tahu barang basah pun boleh dikatakan murah. Pernah sekali aku beli ikan pelaling aka ikan termenung cuma seringgit sekilo OMG kan..hukhukhuk. Dah la ikan dia fresh sebab aku beli kat Kuala Kedah manis nya isi dia. Kalau kat Putrajaya mana nak dapat kan.

Nanti aku cuba update tempat makan best di Alor Setar mana tau ampa sesat datang sini. Boleh lah terjah banyak kedai makan yang syok kat sini. Sekarang nie jangan tak tau aku dah pandai cakap loghat utara hahahahahaha. Hilang cakap nogori tapi bila balik nogori lidah nie automatik bertukar loghat. Power kan. Seronok gak bila banyak benda baru aku belajar contoh macam pedal ayam. Ampa jangan ingat pedal ayam yang kita makan tue tapi kunci mangga (Padlock) hahahaha pelik kan aku masa tau tue sakit perut gak gelak. Syok gak kan bila kita merantau jauh nie.



Padlock

pedal ayam


Lupa lak senarnya aku nak bagitau aku pregnant lagi huhuhuhu. Rezeki awal jangan ditolak. Nanti Insya Allah bulan Februari nie bertambah lah lagi sorang. Ada citer sebalik tabir bab pregnant nie. Nanti aku cerita kalau ingat la. 

Rasa kekok lak nak citer kat dalam blog ayat pun tah apa-apa. lama sangat tak menulis. Doa-doakan lah biar rajin sikit update blog biar meriah macam sebelum kahwin masa zaman jadi bride2be.

Bye....

No comments: