Monday 28 December 2015

3 Tahun Sudah

Assalamuailaikum..


Alhamdulillah, genap dah 3 tahun aku berkawin ngan Mohamad Najib pada 21.12.2015. Cepat betul masa berlalu bohonglah dalam 3 tahun perkahwinan kami semuanya indah belaka. Kekadang ada gak pergaduhan kecil kekadang kalau di biar boleh jadi besar, tak puas hati antara satu sama lain memacam lagi la asam garam rumahtangga nie. Kekadang bila baca blog kengkawan seronoknya sebab rasa rumahtangga diaorg macam takde masalah langsung. Tapi tuela kan bahagian memasing.

Tapi jangan cakap aku mengeluh pasal rumahtangga aku tapi sebaliknya aku bersyukur walauapun aku dan husband banyak kekurangan tapi kami saling melengkapi antara satu sama lain. Banyak juga aku belajar untuk menjadi isteri sempurna di mata suami sendiri. Belajar untuk memahami apa yang disuka dan tak suka. Apa yang menjadi kegemaran suami. Belajar untuk bertolak ansur, belajar untuk menjadi sabar, belajar untuk menerima seadanya, belajar untuk membahagiakan suami. Begitu juga ngan Husband dia juga banyak belajar mengenai aku. Bagi aku itulah yang terbaik bagi mengekalkan keharmornian rumahtangga.

Dengan kehadiran Hanna Nadheera melengkapi hidup keluarga kami. Dan tak lama lagi kami akan menyambut kehadiran orang baru lagi. Maknanya tahun depan beraya berempat lah. Dulu sebelum kahwin aku selalu berangan indah jer, tapi selepas berumahtangga barulah aku faham sepak teranjang dalam kehidupan berumahtangga. Memang kata orang kalau kita ikutkan sangat hati dan perasaan tak sampai setahun kot dah bercerai berai. Tapi sape yang ingin bercerai kan jadi dalam melayari rumahtangga memang kena banyak ilmu. Bukan sekadar ilmu semasa nak kawin tapi ilmu selepas kahwin.

Aku bersyukur kerana dikurniakan keluarga yang banyak beri support terutamanya keluarga mentua kerana menerima aku seadanya, selama setahun aku duduk ngan mentua aku selalu diberi tunjuk ajar bagaimana melayari rumahtangga. Kata orang tak seronok duduk ngan mentua kalau duduk umah sendiri lagi seronok. Tapi itulah pengorbanan yang aku lakukan untuk rumahtangga aku. Alhamdulillah mentua aku baik orangnya. Memang rezeki aku.

Pada usia perkahwinan yang masih muda nie aku berharap aku akan terus bijak melayari rumahtangga bersama husband, memberi terbaik buat anak-anak dan juga keluarga. Mampu menghadapi dugaan dengan tenang dan sentiasa beritiqamah dalam mencari ilmu rumahtangga.



2 comments:

eima said...

happy wedding anniversary kak ekien ....

Anonymous said...

Salam,

My name is Norain from ZALORA Malaysia. I would like to offer you to do a collaboration with us. Feel free to drop me an email at norain@my.zalora.com

Thanks :)