Monday 9 December 2013

Banana Boat bawa maut

Kanak-Kanak Meninggal Dunia Selepas Terjatuh Daripada 'Banana Boat'
PORT DICKSON: Seorang kanak-kanak berusia 30 bulan yang mendesak ayahnya membawa dia menaiki 'banana boat' ketika bercuti di Pantai Purnama dekat sini meninggal dunia akibat komplikasi selepas lemas akibat terjatuh ke dalam laut dalam insiden berkenaan.
Keluarganya yang tinggal di Pasir Panjang dekat sini, datang untuk berkelah di pantai popular berkenaan bersama-sama tiga anak mereka pada tengah hari Ahad.
Kanak-kanak berkenaan, Nur Hannan Humairah Mohd Hafrisham, kemudiannya memujuk ayahnya agar membawa dia menaiki 'banana boat'.
Ayah mangsa, yang bekerja di sebuah bank di Kuala Lumpur, akhirnya mengalah dan membawa kanak-kanak berkenaan bersama-sama tujuh yang lain untuk bermain 'banana boat'.
Dia telah memberitahu kepada pengusaha bot berkenaan agar tidak membawa botnya terlalu laju.
Bagaimanapun, ketika pengusaha tersebut hendak berpatah balik ke kawasan pantai, dia melakukan 'stunt' yang menyebabkan semua penumpang di atas 'banana boat' terjatuh ke dalam air.
Kanak-kanak lelaki itu hampir lemas namun berjaya diselamatkan selepas diberikan bantuan pernafasan dari mulut ke mulut.
Mangsa terus dikejarkan ke Hospital Port Dickson.
Dia kemudiannya dipindahkan ke Hospital Tuanku Ja'far di Seremban.
Bagaimanapun, keadaan bertambah teruk dan mangsa meninggal dunia tengah malam Ahad.

Credit to Mstar
Bila baca berita nie aku terus teringat yang aku pernah naik banana boat nie sekali jer. Itu pun awal bulan hari tue kat Teluk Batik. Aku memang fobia sikit bila tengok banana boat jatuh kan orang kat dalam air. Takut wei. Ingat lagi masa aku naik banana boat dia ada dua kali jatuh satu kat belah dalam satu lagi belah cetek. Aku pilih jatuh belah cetek sebab aku tak berani ambik risiko jatuh belah dalam sebab aku tau yang aku tak pandai berenang cuma pandai berendam. Masa naik banana boat aku memang seriau habis. Aku bila seriau mulalah nak terkencing. Masa kat atas banana boat tue aku boleh jerit nak kencing..nak kencing.. hahahaha malu giler bila ingat. Nasib baik aku tak terkencing kat atas banana boat kalau tak kopem kena maki ngan kawan aku. Bila boat tue lep dan terus jatuh kan kita orang aku rasa panik giler. Rasa macam aku dah lemas dengan tertelan air laut yang masin giler dengan nak naik ke atas..Betul-betul buat aku panik. Bila dah rasa selamat terus taubat nie lah kali pertama dan terakhir aku naik banana boat. Aku tak boleh sebab aku nie cepat panik. Aku memang tabik la pada mereka-mereka yang boleh naik banana boat berulang kali. 
Balik pada berita tadi.Kesian baby tue baru 30 bulan dah sampai ajal. Aku tak taula apa perasaan family baby tue. Mesti trauma. Kalau aku kat tempat diaorang kopem tgk banana boat pun aku trauma.




3 comments:

PetakBunga said...

memang fobia air, masuk water world pun berjalan jer..takut air.
banana boat, memang dah kerja dia...akan jatuhkan penumpang dia.
budak kecil lagi, tak boleh nak ikut sgt apa kehendak dia.

tOy said...

camnela mak bapak budak tu sanggup bawak baby besar tu gi naik banana boat..ishh..ishh..ishh..malas nk kata pe dah... yg drebar bot tu pun satu.. x warning ke ape.. ape2 pun, bila dah ajal nak buat camne kan...

Nursaila Norman said...

saila 1st time try banana boat masa bln 6 tahun ni..3x diorg buang kitorang ke laut atas permintaan kawan2 gak..yg 1st tu dia buang kitorang kat part dalam. dh la 1st time..tmpt dalam lak..memang panik n takut yg amat..tp benda ni takleh panik..

berbalik kpd cerita bdk tu..sgt x logik seorang ayah bwk anak umur 30bulan naik banana boat. simpati sgt,sbb jd tragedi..