Sunday 15 June 2014

Perihal mengandung-Set untuk berpantang

Assalamuailaikum....

Alhamdulillah dah nak masuk 31 minggu usia kandungan. Sekejap jer rasa masa berlalu. Sekarang nie aku dok kalut survey barang untuk berpantang. Sekarang nie banyak je brand untuk berpantang cuma sediakan duit sahaja. Ada yang mahal ada gak yang murah jadi pilih lah yang mana sesuai dan bertepatan ngan budget. 

1. Set Nona Roguy


harga untuk satu set RM360.00. Bagi aku produk nie mahal gak. Tapi member opis aku cakap produk nie bagus untuk berpantang terutamanya tablet pytol natal sebab lepas kita pantang ramai ibu yang banyak hadapi masalah sembelit. tablet nie memang membantu melawaskan pembuangan air besar. 

2.  Set Sendayu Tinggi


RM386.00

3. Set Tanamera


RM 350.00 tak tau la kalau ada yang murah lagi. produk nie banyak gak dapat review yang best macam Minyak VCO yang boleh pakai sebelum bersalin buat urutan perineum untuk mengelakkan koyakan yang banyak ketika melahirkan anak. Aku macam tertarik je dengan urutan perineum ishh takut gak kalau terkoyak sampai bontot.

4.  Set bersalin Anugerah

RM 199.00 nie harga kat web la tapi aku rasa kalau beli kat kedai boleh dapat kurang lagi kot. Aku ada gak baca review pasal produk nie kebanyakan review mengatakan produk nie wangi takdela sangat bau herba yang melampau. 




5. Set Mak Dara

RM 360.00 nie pun harga kat web. 



5 set bersalin nie yang aku rasa macam ok. Tapi aku lebih berminat dengan set bersalin Anugerah ngan minyak VCO Tanamera. Aku belum lagi survey dekat kedai jamu mana tau dapat lagi murah tapi kena gak tengok takut terbeli yang bukan original merana badan.Jadi pilihan di atas tangan memasing kalau ada budget lebih boleh jer gunakan set bersalin yang mahal untuk badan sendiri juga kan.


















































1 comment:

Nursaila Norman said...

tu la..byk sgt pilihan saila pun pening2 nk ambil yg mana..tp kalau ikut pengalaman kakak2 ofis saila ni, termasuk kwn saila sendiri diorg prefer beli loose je..x beli set sbb mahal..so now konfius x habis2 lagi..hehehe! weekend ni baru ni usha set berpantang since brg baby dah lengkap,fokus utk diri sendiri pulak..hehe!

thanks share produk2 ni ye..nnt saila senaraikan pastu bwk g kedai hikhik